Pengkuliah dan bayaran kuliah

Sebelum surat ini ditanggalkan, saya snap dulu...

Bismillahi walhamdulillah

Selesai menyampaikan kuliah, saya sempat membaca sehelai surat tanpa nama pengirim yang ditampalkan di white board. Nampaknya surat tu ditujukan kepada Pengerusi dan Bendahari tentang bayaran kepada pengkuliah di surau. Memandangkan dah lama saya tak ke surau, sejak surau sementara Vila Suria mula beroperasi. Rumusan saya, surat itu dari salah seorang jamaah surau yang kurang puas hati kerana pihak surau hanya memberi bayaran kepada seorang pengkuliah, berbanding beberapa pengkuliah lain. Sebagai salah seorang ahli jamaah surau dan turut menyampaikan kuliah di surau tersebut, saya terpanggil untuk memberi komen, berdasarkan pengalaman dan pengamatan.

Pada pandangan saya;

  1. Syukurlah ada yang prihatin dengan kebajikan para pengkuliah. Maka suratpun ditampal dengan harapan dibaca oleh Pengerusi dan Bendahari atau AJK yang lain. Hatta orang luar yang tak tahu menahu… Ramai sangat tu! Sepatutnya tujukan terus kepada pengerusi dan bendahari. Takkan tak kenal kot? Tak payahlah main tampal-tampal macam ni. Nampak sangat jauhnya hati-hati kita. Pada hal sesama orang surau tu? Boleh rujuk tulisan saya tentang masjid dan kaki masjid.
  2. Janganlah dipertikaikan keikhlasan ustaz yang bagi kuliah, meskipun mereka mengambil sumbangan yang dihulur. Ikhlas tidak bermaksud membuat sesuatu tanpa sebarang ganjaran. Kalau begitu, jika kita ikhlas bekerja untuk menyara anak bini, tak payahlah ambil gaji. Sanggup?  Rujuk pula tulisan saya sebelum ini tentang riya’. Sebab itu dalam mengajar al-Quran juga dibolehkan juga mengambil upah.
  3. Berlaku adillah kepada para pengkuliah, sama ada ustaz tempatan mahupun yang impot. Adakah kita perlu impot ustaz luar untuk tarik ramai pendengar? Sedangkan bukanlah faktor kehebatan ustaz sahaja menjadi penentu, tetapi bimbingan yang berterusan dan sikap penduduk turut menjadi faktor. Kecualilah memang orang tempatan sendiri sudah tidak berminat atau berkesempatan untuk menyumbang ilmu. Terimalah kepelbagaian ilmu dan cara penyampaian seadanya. Kecualilah jika kita ada tempat dan aktiviti lain lebih bermanfaat untuk mengisi kekosongan antara Maghrib dan Isyak, silakan… Sebagai salah seorang pengkuliah, saya tidak berkecil hati.
  4. Ahli jamaah surau perlu buat sesuatu agar tabung surau berisi. Mungkin punca masalahnya bila tabung surau kering, maka tak dapatlah nak bagi sumbangan kepada pengkuliah. Kemudian, kalau bagipun kepada pengkuliah terpilih sahaja. Saya menjangkakan, mungkin sumbangan tersebut bukan dari duit surau, tetapi melalui sumbangan peribadi atau anak-anak murid yang konsisten mendengar kuliah ustaz tersebut, seperti yang berlaku di tempat lain. Ada yang mencadangkan agar diedarkan tabung setiap malam Jumaat, dapat dua puluh ringgit seminggupun jadilah. Ada yang cadangkan buat yuran bulanan, sebulan dua ringgitpun kira OK. Masalahnya, “kita orang tak main la runcit-runcit macam ni. Leceh!” Satu lagi, kalau satu perempat iaitu 125 daripada kira-kira 500 penduduk taman membayar, dah dapat RM250 sebulan! Pun OK juga. Sekali lagi masalahnya,  “orang tak nak bayar la ustaz, yuran tu…” Pandangan saya, buatlah sesuatu walaupun sikit hasilnya, kerana something is better than nothing! 
  5. Berterima kasihlah kepada para pengkuliah yang sudi menerima sumbangan anda. Sebenarnya para pengkuliah (sebahagian mereka) tidaklah kebulur sangat dengan duit tu. Tetapi para pendengarlah yang perlu prihatin agar sedekah jariah mereka mengalir dan dimanfaatkan seperti membiayai majlis ilmu. Tiada majlis yang lebih mulia daripada majlis ilmu. Jika duit yang kita masukkan dalam tabung surau digunakan untuk membiayai majlis ilmu, bukankah itu satu pelaburan yang amat menguntungkan? Kita berpeluang meluaskan amal melalui amal para pengkuliah tadi. Fikir-fikirkanlah…
Sekadar pandangan peribadi saya, jika ada salah silap dan tersinggung, saya mohon maaf.
Wallahu a’lam, wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: