Selamat Hari Guru 2011

16 Mei setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Guru khusus untuk menghargai jasa guru.

Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. (Wikipedia)

Terima kasih cikgu!

Tak kiralah apapun latar belakangnya, semua pihak wajar menghargai jasa guru sama ada dipanggil cikgu, muallim, ustaz dan sebagainya. Terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik saya, juga mendidik anak-anak saya. Jasa dan khidmat bakti kalian akan diganjari Allah sebaik-baiknya… Bila anak minta belikan hadiah untuk cikgu mereka, jarang sangat tidak dipenuhi. Alhamdulillah, mereka masih mengenang…  Kalau ada anak-anak yang buat selamba sahaja bila hampir Hari Guru, ingatkanlah mereka dan belikan hadiah. Tak payah mahal-mahal.

Tazkirah untuk semua.

Kepada rakan guru pula, jadikanlah sambutan ini sebagai penyuntik semangat untuk berkhidmat lebih dedikasi dan perbaiki kelemahan masing-masing. Kita tak sama macam mesin yang kalau rosak boleh dibaiki atau buang (kalau tak boleh dibaiki). Selagi kita tidak meletak jawatan atau dikenakan tindakan tata tertib (dipecat), kita akan tetap menjawat jawatan guru yang murni tersebut.

Pembaikan kita adalah melalui keinsafan yang mendalam dan penambahbaikan yang berterusan agar kewujudan kita dalam bidang keguruan ini relevan. Apatah lagi era yang penuh cabaran, terlalu laju untuk dikejar. Kalau kita masih di tahap lama, tidak mahu berubah, nescaya kita akan merugikan satu generasi… bukan setakat satu kelas aje!

Imbuhan buat warga pendidik

Dengarnya Menteri Pelajaran akan umumkan sesuatu yang menarik untuk warga pendidik. Apa dia? Sama-sama kita nantikan. Yang pasti, imbuhan kita telah lama disediakan oleh Allah Taala.

Warga pendidik sangat arif tentang definisi dan tugas guru. Guru sebagai muallim, murabbi, muaddib dan mursyid. Tanyalah diri sendiri, “gurukah aku?”

Selamat Hari Guru…

Wassalam.

Sambutan Hari Guru SMRA 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: