Zikrullah dan Tilawatul Quran

Sambungan tajuk sebelum ini: Tanda-tanda hati yang sihat

Peri pentingnya zikir kepada hati digambarkan oleh Ibnu Taimiyah;

الذكر للقلب كالماء للسمك، فكيف يكون حال السمك إذا أخرج من الماء

Zikir kepada hati umpama air kepada ikan, bayangkan bagaimanakah keadaan ikan bila dikeluarkan dari ikan.

Zikir adalah santapan hati dan ruhani, jika hilang samalah seperti jasad yang tidak diberi makanan.

Antara lain, zikir boleh menghalau dan mencengkam syaitan, memperoleh redha Ilahi, menghilangkan kedukaan, mendatangkan kegembiraan, menjernihkan hati dan wajah, dan beroleh mahabbah Allah Taala. Allah berfirman,

فاذكرونى أذكركم

“ingatlah Aku, nescaya aku ingat kepada mu” (Al-Baqarah:152).

Sekadar beberapa fadilat tadi sudah memadai untuk memelihara hati dari lalai dan menghilangkan dosa.

Meskipun zikir adalah ibadat yang paling mudah, namun ganjarannya tidaklah kurang berbanding ibadat yang lain. ٍ Sebagai contoh, Jabir meriwayatkan dari nabi SAW, “sesiapa mengucapkan Subhanallahi wabihamdihi, ditanamkan untuknya satu pohon tamar di dalam syurga.” (Tirmizi- hasan sahih)

Zikir adalah ubat bagi hati yang keras. Seorang lelaki datang mengadu kepada Al-Hasan tentang hatinya yang keras, Al-Hasan menjawab, “larutkanlah ia dengan zikrullah.”

Abu Musa meriwayatkan sabda baginda,

مثل الذى يذكر ربه والذى لا يذكر ربه مثل الحي والميت

“perumpamaan orang yang berzikir kepada tuhanya dengan yang tidak berzikir adalah umpama orang yang hidup dengan yang mati.” (Muslim).

ٍSeorang sahabat bertemu Rasulullah dan berkata, “sesungguhnya pintu kebaikan itu amat banyak dan aku tidak mampu melaksanakan semuanya. Khabarkanlah kepadaku sesuatu yang aku boleh beramal dan jangan banyak, nanti aku lupa.” Jawab baginda,

لا يزال لسانك رطبا بذكر الله تعالى

“sentiasalah lidah mu basah dengan zikrullah.” (Tirmizi- sahih)

Bentuk-bentuk zikir

  1. Zikir dengan menyebut nama-nama, sifat-sifat Allah dan memujinya.
  2. Zikir dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Seperti berkata, “Allah menyuruh supaya buat demikian dan melarang perkara demikian.”
  3. Zikir dengan menyebut nikmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya.
Sebaik-baik zikir ialah tilawatul Quran kerana ia mengandungi pelbagai ubat hati dan mengubat pelbagai penyakit.

يا أيها الناس قد جاءتكم موعظة من ربكم وشفاء اما فى الصدور

Firman Allah; Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus:57)

وننزل من القرءان ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين…

Firman Allah;  Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Isra’:82)

Syubhat dan syahwat menghimpunkan penyakit-penyakit hati. Al-Quran boleh merawat kedua-dua punca maksiat ini. Melalui penjelasan dan hujahnya yang jitu, membezakan antara hak dan batil boleh menghilangkan syubhat dan kekeliruan. Manakala syahwat pula dirawat dengan kandungan hikmah dan peringatan di dalam Al-Quran yang menganjurkan zuhud kepada dunia dan lebih cenderung kepada akhirat.
Al-Quran juga boleh menghampirkan seseorang hamba kepada tuhannya. Khabab al-Art berkata,

تقرب إلى الله ماستطعت واعلم أنك تتقرب إليه بشيء أحب إليه من كلامه

“hampirkanlah diri kepada Allah (taqarrub) semampu mungkin. Ketahuilah bahawa engkau tidak akan mampu bertaqarrub kepada Allah dengan suatu amalan yang lebih dia kasihi selain dari kalamnya (Al-Quran).”
Ibnu Masud berkata;

من أحب القرءان أحب الله ورسوله

Siapa mengasihi Al-Quran, bermakna dia mengasihi Allah dan Rasulnya.

Uthman bin Affan berkata;

لو طهرت قلوبكم ما شبعت من كلام ربكم

Kalaulah hati kamu bersih, nescaya ia tidak akan kenyang dengan kalam tuhan kamu (Al-Quran).
Kesimpulannya, zikrullah paling bermanfaat kepada seorang hamba. Firman Allah,

ألا بذكر الله تطمئن القلوب

“ketahuilah, bahawa dengan zikrullah boleh menenangkan hati.” (Ar-ra’d:28).
Dan sebaik-baik zikir ialah tilawatul Quran.
Sumber: Tazkiyatun nufus
Tajuk sebelum ini: Tanda-tanda hati yang sihat
Tajuk berkaitan: Syubhat dan syahwat

Satu Respons

  1. […] ini adalah sambungan kepada Zikrullah dan tilawatul Quran. 2.746530 101.978521 Rate this: Like this:LikeBe the first to like this […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: