Riya’ dan sum’ah

Riya’ dan Sum’ah

Ala’llamah Izzuddin bin Abdus Salam mendefinisikan riya’ adalah jika dia beramal untuk selain Allah. Manakala sum’ah adalah jika dia menyembunyikan amalya untuk Allah, tetapi kemudian memperbincangkannya kepada orang lain. Ada yang mendefinisikan riya’ sebagai menuntut habuan dunia dengan amal akhirat. Seperti hendakkan pujian manusia melalui bacaan al-Quran.

Penyebab Riya’ dan Sum’ah

  1. Faktor keluarga atau asuhan. Bermula dengan meniru dan menceritakan kebiasaan keluarganya, lama-lama menjadi tabiat diri. Sebab itu nabi SAW menegaskan perlunya menjadikan agama sebagai asas pemilihan calon isteri.
  2. Teman yang buruk. Sama bahayanya seperti keluarga tadi.
  3. Tidak mengenal Allah secara hakiki. Iaitu Allah sebagai tuhan yang selayaknya diberikan hak ubudiyah, bukannya makhluk.
  4. Inginkan kemasyhuran dan kedudukan. Keinginan duniawi ini boleh meleburkan kaikhlasan seseorang.
  5. Penilaian yang ketat dari pihak atasan. Menyebabkan orang bawahan terdorong untuk menunjuk dan menceritakan amalnya.
  6. Orang lain takjub dengan amalannya. Sehingga dia termakan dengan pujian dan sanjungan mereka.
  7. Bimbangkan komentar orang, terutama rakan karib. Maka dia berusaha mempamerkan yang terbaik agar tidak dikritik.
  8. Lalai terhadap kesan riya’ dan sum’ah. Memang sifat manusia, mudah lupa terpedaya dan lupa akibat maksiat dilakukannya.

Tanda-tanda riya’ dan sum’ah

  1. Aktif beramal jika ada pujian, malas jika ada celaan.
  2. Aktif beramal jika bersama orang lain, malas jika sendirian.
  3. Menjaga batasan syarak ketika bersama orang lain, berbanding jika sendirian.

Kesan riya’ dan sum’ah ke atas para daie

  1. Terhalang dari taufiq dan hidayah
  2. Sempit hati, kerana jauh dari rahmat Allah.
  3. Menghilangkan kewibawaan.
  4. Ditinggalkan orang dan tidak berpengaruh
  5. Tidak itqan dalam beramal, kerana hanya bergantung kepada kewujudan manusia sebagai pendorong kepada amal yang berkualiti.
  6. Dimalukan di dunia dan akhirat
  7. Terjerumus ke lembah ujub, ghurur dan takabbur.
  8. Membatalkan amal dan siksaan menanti di akhirat

Kesan riya’ dan sum’ah ke atas perjuangan Islam

  1. Jalan dakwah akan lebih  panjang dan menanggung banyak beban. Sebab kafilah dakwah terpaksa menanggung ahli yang bermasalah dalaman dan jauh dari rahmat Allah.

Cara mengubati riya’ dan sum’ah

  1. Ingat akibat di dunia dan akhirat. Rujuk Al-Quran, Al-Hadis dan kata-kata ulamak.
  2. Bergaul dengan orang yang ikhlas.
  3. Mengenal Allah secara hakiki
  4. Mujahadatun nafs
  5. Kelenturan dalam penilaian
  6. Iltizam dengan adab Islam dalam interaksi.
  7. Melazimi nas yang mendorong ikhlas dan jauhi riya’
  8. Membuat penilaian kendiri
  9. Pasrah kepada Allah dan memohon bantuannya
  10. Ingat bahawa setiap sesuatu berjalan dengan qada’ dan qadar.
Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: