Hari raya juga boleh mendidik kita.


Bismillahi walhamdulillah…

Melalui budaya berhari raya kita boleh mempraktikkan ilmu tentang ikhlas, redha, qana’ah, menjaga lidah dan mata. Hanya orang berakal sahaja yang akan mengambil pengajaran.” Begitulah penutup tulisan saya sebelum ini. Saya berhajat untuk menyambungnya kali ini, insya Allah.

Dalam keghairahan menyambut hari raya, tarbiah ruhiah dan dakwiah tidak boleh diasingkan. Puasa selama sebulan seharusnya menjadi benteng kepada kita dan pendorong mengaplikasikan pendidikan selama sebulan tersebut. Teruskan membaca

Advertisements

Raya hanya sehari, bukan sebulan!


Takbir malam raya di rumah Hj.Karim, Ketua Blok 13 FELDA Raja Alias 2.

Bismillahi walhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat merayakan Eidul Fitri untuk semua. Semoga Allah terima segala ibadah kita sepanjang Ramadhan yang lepas.

Semasa memandu untuk pulang berhari raya di kampung, anak saya berkata, “Abi, ustaz Afaf kata raya cuma satu hari.” Saya jawab. “memang la satu hari. Tapi kita boleh ambil kesempatan cuti raya untuk ziarah saudara mara.” Teruskan membaca

%d bloggers like this: