Raya hanya sehari, bukan sebulan!

Takbir malam raya di rumah Hj.Karim, Ketua Blok 13 FELDA Raja Alias 2.

Bismillahi walhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat merayakan Eidul Fitri untuk semua. Semoga Allah terima segala ibadah kita sepanjang Ramadhan yang lepas.

Semasa memandu untuk pulang berhari raya di kampung, anak saya berkata, “Abi, ustaz Afaf kata raya cuma satu hari.” Saya jawab. “memang la satu hari. Tapi kita boleh ambil kesempatan cuti raya untuk ziarah saudara mara.”

Saya yakin ada orang (atau ustaz) yang menegaskan bahawa sambutan eidul fitri hanya satu hari, bukannya sebulan macam yang diamalkan sekarang. Lantas mereka mempopularkan pandangan ini bersandarkan hadis dan menjelaskan bahawa tidak wujud amalan beraya sebulan dalam kalangan sahabat maupun tabien. Seterusnya diperkuatkan dengan gejala negatif berkaitan budaya raya yang lebih menjurus kepada pembaziran, menunjuk-nunjuk, pergaulan bebas dan kemalangan maut. Semuanya bermula dari sambutan hari raya selama sebulan. Lantas dibuat kesimpulan bahawa sambutan raya selama sebulan adalah bid’ah lagi haram!

Wallahu a’lam, itu satu pandangan. Pada pendapat saya, dari satu sudut pandangan itu ada betulnya. Namun kita perlu fikirkan dari sudut lain, contohnya mengeratkan persaudaraan. Jika tidak ada sambutan raya begini, mungkin lebih ramai – terutama kanak-kanak – tidak kenal sepupu sendiri, lupa nama dan rupa bapa dan ibu saudara, tak tau ada jiran di kampung yang sudah meninggal atau bermenantu dan sebagainya. Ikatan persaudaraan yang sedia renggang akan semakin jauh dan yang telah sedia retak pasti terbelah. Gara-gara raya selama sebulan adalah bid’ah.

Samalah seperti budaya masyarakat Melayu menghidupkan malam Jumaat dengan bacaan Yasin dan tahlil. Dahulu ramai yang memencilkannya, terutama dari kalangan ustaz yang baru balik dari Timur Tengah, tidak kurang juga dari kalangan pendakwah, dengan alasan itu adalah bid’ah. Tetapi semangat telah melupakan mereka kepada hakikat bahawa budaya itulah yang berjaya menyatukan masyarakat Melayu hingga sekarang. Kecuali jika mereka boleh mendatangkan alternative yang lebih baik dari amalan sekarang.

Begitu juga dengan budaya raya selama sebulan, pada pendapat saya kebaikannya jauh lebih besar berbanding keburukan. Mungkin perlu diperelokkan dengan peringatan yang berterusan dari para asatizah dan pemuka masyarakat. Seperti mengingatkan bahawa matlamat utama berhari raya adalah mendapat redha Ilahi melalui ziarah menziarahi dan mengeratkan tali persaudaraan serta bertanya khabar. Bukannya untuk berbangga dengan kereta baru, perhiasan mewah, gelang sejengkal dan lain-lain.

Melalui budaya berhari raya kita boleh mempraktikkan ilmu tentang ikhlas, redha, qana’ah, menjaga lidah dan mata. Hanya orang berakal sahaja yang akan mengambil pengajaran.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: