Hari raya juga boleh mendidik kita.

Bismillahi walhamdulillah…

Melalui budaya berhari raya kita boleh mempraktikkan ilmu tentang ikhlas, redha, qana’ah, menjaga lidah dan mata. Hanya orang berakal sahaja yang akan mengambil pengajaran.” Begitulah penutup tulisan saya sebelum ini. Saya berhajat untuk menyambungnya kali ini, insya Allah.

Dalam keghairahan menyambut hari raya, tarbiah ruhiah dan dakwiah tidak boleh diasingkan. Puasa selama sebulan seharusnya menjadi benteng kepada kita dan pendorong mengaplikasikan pendidikan selama sebulan tersebut.

Tuluskan niat berziarah ikhlas kerana Allah dan mendapat redhanya. Niat ikhlas inilah yang akan memelihara kita dari terpesong kepada matlamat-matlamat yang lain seperti menunjuk-nunjuk, terlalu memuji diri sendiri dan merendahkan orang lain. Ada juga orang yang sambil menyelam minum air, iaitu berniaga semasa berziarah.

Bila menjadi tetamu janganlah terlalu takjub dengan kemewahan tuan rumah. Mungkin rumahnya lebih besar dari rumah kita, perabotnya lebih mewah dan kuih muihnya beraneka jenis. Pendek kata lebih segala-galanya daripada kita, maka ingatlah bahawa semua orang perlu bersyukur dan berpada dengan kurnian Allah padanya. Yang kaya diuji dengan kekayaannya, yang miskin diuji dengan kemiskinannya. Namun semua itu tidak patut menjadi penghalang untuk saling menziarahi.

Antara masalah yang sering dihadapi bila berziarah ialah masalah aurat. Bukan sahaja aurat yang haram disentuh, termasuk juga yang haram dilihat. Kita mungkin faham masalah aurat, tetapi bukan semua sanak saudara kita memahaminya. Kalau yang fahampun, kadangkala tewas apabila saudara mara yang terlebih mesra menghulurkan tangan, bertepuk tampar atau tampil dengan pakaian yang menyiksa mata. Ketika inilah kekuatan dan kemahiran kita diperlukan. Kalau tidak, kita akan pulang dengan beristighfar panjang…

Lama tidak jumpa, pasti seronok bersembang. Macam-macam topik keluar, dari cerita kampung sampai ke pekan, dari zaman bermain di lembah sampai naik ke bukit dan dari mandi di pantai sampai ke berkhemah di pulau. Tapi seringkali perbincangan tersasar hingga sampai kepada umpatan, kutukan dan fitnah- angkara sembang raya. Maka, berhati-hatilah semasa bermesra dengan sanak saudara. Ingatlah, matlamat mengeratkan persaudaraan tidak seharusnya menjerumuskan kita ke lembah cacian dan kata nista.

Sama-samalah kita bermuhasabah hari-hari raya yang telah dan akan kita lalui. Bukan sahaja Ramadhan, Eidul Fitri juga boleh mendidik kita.

Tapi, jangan bimbang, kerana semua ini tidak akan berlaku jika kita cuma berhari raya sehari sahaja. Betul tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: