Pilot turun akhir sekali


Bismillahi walhamdulillah.

Semasa kecil, saya suka bertanya kepada ayah macam-macam perkara dan ayah akan layan menjawab pertanyaan saya. Banyak ilmu yang saya perolehi dan kekal dalam ingatan sampai sekarang. Terima kasih ayah.  Menurut ayah, jika berlaku kemalangan pilot kapal terbang adalah orang terakhir sekali turun. Dia kena pastikan semua penumpang dan anak kapal selamat turun, barulah pilot turun.

Teruskan membaca

Doa ziarah orang sakit


Bismillahi walhamdulillah…

Niat ikhlas, Allah ganjari

Ahad 22 Oktober, saya balik Klang. Hajatnya nak pergi kenduri kahwin si Rahim anak Abang Sahlan. Isteri saya siap beli tudung baru, tambahan kepada koleksi sedia ada. Dalam kereta lagi ‘envelop’ dah disiapkan. Berpada dengan sarapan, tak payah makan tengah hari. Memang lapar. “Kita makan puas-puas kat rumah Bang Lan nanti,” saya berkongsi perasaan dengan isteri. Nun, nampak khemah berlangsir merah. Tapi kenapa takde sebuah keretapun di tepi jalan? Masya Allah, kami silap! Rupa-rupanya kenduri tu pada hari Sabtu, petang hingga malam sahaja. Memang jarang orang Jawa buat macam tu. Alhamdulillah, ada makanan di rumah Abah, kami ‘kenduri’ di situ sahaja. Kalau tidak, Lebai Malang lah jadinya… Sebab tu, penting sangat mengikhlaskan niat dalam semua pekerjaan. Makan tak dapat, ganjaran Allah pasti ada. Teruskan membaca

Dodol Warisan Asli – Tok Mat


Bismillahi walhamdulillah.

Orang kalau dah biasa bekerja dan kaki berniaga, memang tak akan duduk saja. Begitulah yang saya perhatikan Abah (pak mertua saya). Macam-macam kerja dia pernah buat; menoreh getah, jual nenas, bawa kereta sapu, jadi drebar, berniaga kedai runcit, usahakan kantin kilang dan buka kedai makan. Terkini… bisnes dodol. Orang jawa panggil jenang. Teruskan membaca

Emak jalani pembedahan


Bismillahi walhamdulillah..

Emak di kebun getah, sebelum ditebang untuk ditanam semula dengan sawit.

Selasa, 18 Oktober 2011:  Saya dapat panggilan telefon dari Nora (adik) menyatakan emak akan menjalani pembedahan di KPJ Kajang. Semasa singgah di rumah saya pada Jumaat lepas, emak memang ada mengadu sakit perut. Kami mengandaikan hanya salah makan atau angin, sebab emak selalu macam tu. Bila makan ubat, elok. Bahkan bila dibawa berjumpa doktor keesokan hari, doktor yang memeriksa mengesahkan- angin juga. Teruskan membaca

%d bloggers like this: