Emak jalani pembedahan

Bismillahi walhamdulillah..

Emak di kebun getah, sebelum ditebang untuk ditanam semula dengan sawit.

Selasa, 18 Oktober 2011:  Saya dapat panggilan telefon dari Nora (adik) menyatakan emak akan menjalani pembedahan di KPJ Kajang. Semasa singgah di rumah saya pada Jumaat lepas, emak memang ada mengadu sakit perut. Kami mengandaikan hanya salah makan atau angin, sebab emak selalu macam tu. Bila makan ubat, elok. Bahkan bila dibawa berjumpa doktor keesokan hari, doktor yang memeriksa mengesahkan- angin juga.

Tetapi kali ini lain macam, dua hari emak menahan sakit. Akhirnya,  emak dibawa berjumpa doktor pakar di Kajang. Sah, bukan angin tetapi ada objek sebesar penumbuk di sebelah kanan perut. Menurut doktor, ia berkaitan apendiks dan kesan pembedahan lama semasa melahirkan Nora -lebih kurang 35 tahun lalu!

Alhamdulillah dengan pilihan emak sendiri, emak telah selamat dibedah di KPJ pada petang Selasa itu juga. Semasa melawat emak semalam, keadaannya masih lemah dan sukar bercakap kerana ada tiub yang dimasukkan ke dalam hidung. Pagi ini (Rabu), Nora maklumkan tiub dah ditanggal dan emak lebih selesa. Kepada sesiapa yang mengenali (atau tidak) emak saya Hjh. Jahrah bt. Idris (62), doakanlah agar beliau segera sembuh dan dapat meneruskan kehidupan beribadah lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: