Dodol Warisan Asli – Tok Mat

Bismillahi walhamdulillah.

Orang kalau dah biasa bekerja dan kaki berniaga, memang tak akan duduk saja. Begitulah yang saya perhatikan Abah (pak mertua saya). Macam-macam kerja dia pernah buat; menoreh getah, jual nenas, bawa kereta sapu, jadi drebar, berniaga kedai runcit, usahakan kantin kilang dan buka kedai makan. Terkini… bisnes dodol. Orang jawa panggil jenang.

Bermula dengan kawah kecil secara manual, sekarang Abah dah guna mesin. Serius tu! Memang Abah minat masak dan berniaga. Setakat ni pasaran hanya di kedai-kedai sekitar Jalan Kebun dan Pasar Jawa, Klang. Ramai juga orang-orang perseorangan yang menempah untuk hari raya dan kenduri kahwin.

Saya terpanggil untuk tolong promosikan atas jenama Dodol Warisan Asli – Tok Mat. Pek seberat 900 gram cuma RM12.50 sahaja. Terdapat juga saiz lebih kecil dengan harga RM6.00. Kalau nak pek sendiri, beli satu dulang RM75.00 aje. Macam biasa, adat berniaga – harga boleh bincang. Bukan dengan saya, tapi dengan tauke… Sesiapa berminat boleh hubungi Hj. Muhammad di talian 016-2369678. Sedia menerima tempahan, insya Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: