Doa ziarah orang sakit

Bismillahi walhamdulillah…

Niat ikhlas, Allah ganjari

Ahad 22 Oktober, saya balik Klang. Hajatnya nak pergi kenduri kahwin si Rahim anak Abang Sahlan. Isteri saya siap beli tudung baru, tambahan kepada koleksi sedia ada. Dalam kereta lagi ‘envelop’ dah disiapkan. Berpada dengan sarapan, tak payah makan tengah hari. Memang lapar. “Kita makan puas-puas kat rumah Bang Lan nanti,” saya berkongsi perasaan dengan isteri. Nun, nampak khemah berlangsir merah. Tapi kenapa takde sebuah keretapun di tepi jalan? Masya Allah, kami silap! Rupa-rupanya kenduri tu pada hari Sabtu, petang hingga malam sahaja. Memang jarang orang Jawa buat macam tu. Alhamdulillah, ada makanan di rumah Abah, kami ‘kenduri’ di situ sahaja. Kalau tidak, Lebai Malang lah jadinya… Sebab tu, penting sangat mengikhlaskan niat dalam semua pekerjaan. Makan tak dapat, ganjaran Allah pasti ada.

Status terkini mak saya

Lepas Asar saya ziarah Kak Ngah di Hishamuddin, kemudia bawa balik untuk bawa jumpa wan dia. Dia belum berkesempatan ziarah lagi sebab tinggal di asrama. Malam tu saya bawa dia bersama Abah dan Mak untuk ziarah mak saya di Broga. Sejak discaj dari KPJ Kajang pada Jumaat lepas, mak tinggal di rumah Nora di Broga, Semenyih. Alhamdulillah, mak boleh berbual agak rancak, walaupun nampak letih. “Mak dah tua, makan masa untuk luka bedah tu sembuh,” lebih kurang macam tu la kata doktor. Saya sentiasa berdoa agar luka mak sembuh cepat. Tolong doakan sama…

Hari ni, Selasa mak pergi KPJ lagi. Doktor kata jahitan nampak elok, takde nanah. Doktor bagi ubat dan suruh datang lagi Isnin depan.

Doa ziarah orang sakit

Berikut adalah yang nabi ajar ketika menziarahi orang sakit seperti termaktub dalam hadis sahih Al-Bukhari;

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، أَذْهِبِ الْبَاسَ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي،

لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Ya Allah, Tuhan sekalian manusia! Hilangkanlah kesakitan. Sembuhkan, engkaulah Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan selain penyembuhan Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: