Pilot turun akhir sekali

Bismillahi walhamdulillah.

Semasa kecil, saya suka bertanya kepada ayah macam-macam perkara dan ayah akan layan menjawab pertanyaan saya. Banyak ilmu yang saya perolehi dan kekal dalam ingatan sampai sekarang. Terima kasih ayah.  Menurut ayah, jika berlaku kemalangan pilot kapal terbang adalah orang terakhir sekali turun. Dia kena pastikan semua penumpang dan anak kapal selamat turun, barulah pilot turun.

Itu maklumat semasa kecil dan sayapun tak pernah pertikaikan kesahihannya, sebab memang logik. Cuma apa yang nak saya kongsikan ialah aplikasi konsep tadi dalam hidup, sesuai dengan Catatan Kehidupan. Saya perhatikan bila sesuatu program dianjurkan, maka pihak penganjur atau penyelarasnya adalah antara orang yang akhir sekali pulang meninggalkan lokasi. Sebab merekalah ‘pilot’ bagi acara tadi. Mereka menjadi contoh, memastikan lokasi ditinggalkan dalam keadaan kemas, tiada peralatan tertinggal atau petugas yang terabai kebajikannya.

Sebaliknya, ada penganjur atau penyelaras proram yang ‘blah’ lebih awal dari anak-anak buah! Penyelaras begini bukanlah contoh terbaik sebab mereka telah mengabaikan tanggung jawab diberi. Nak buat macam mana, awak dah dilantik (dan dibayar untuk itu), maka jadilah pilot yang terbaik.

Wallahu a’lam.

Tulisan ini mengulas beberapa aktiviti yang saya hadiri sebagai pengajaran.

Satu Respons

  1. saya vote like…info yg berguna juga..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: