Ketelusan anda, keprihatinan kami!

Bismillahi walhamdulillah…

Keikhlasan anda, ketelusan kami

Macam pernah dengar slogan tu. Ya, itu adalah slogan Aman Palestin, sebuah agensi sukarelawan di Malaysia yang menguruskan bantuan untuk saudara kita di Palestin sana. Bukan sahaja menyampaikan bantuan, tetapi mewujudkan kemudahan lain seperti klinik dan sekolah. Walaupun ada orang awam yang mempertikaikan, “sampai ke duit kita kat orang-orang di Palestin tu?” Tapi saya yakin dan percaya kepada ‘ kekuatan dan amanah’ sahabat-sahabat saya yang menguruskan agensi tersebut. Andainya kita ikhlas membantu dan berkorban untuk saudara seagama, mereka pula telus dalam mengurus dan menyalurkan bantuan tersebut.

Bukanlah Aman Palestin yang nak saya ceritakan, kerana maklumat lengkap boleh anda perolehi dari wakil-wakil kawasan atau dari laman web mereka.

Contoh ketelusan

Pernah suatu ketika, semua guru diarahkan menghadiri satu majlis anjuran Jabatan di Seremban. Pada tarikh dan masa yang sama, saya turut diundang oleh bekas bos saya semasa di Jabatan Pelajaran Selangor, iaitu Us. Saifudin yang mengadakan walimah anaknya di Klang. Pada penilaian saya alasan ini agak kukuh. Maka saya mohon pelepasan dari Pengetua berdasarkan alasan tersebut. Beliau menjawab, lulus.

Dulu, semasa bertugas di Kementerian, saya ada memohon kepada bos untuk balik ke sekolah. Antara alasannya adalah jauh dari rumah. Bos jawab, kalau itu menguntungkan ustaz, saya setuju!. Mafhumnya, dengan telus; kalau tidak menguntungkan ustaz, saya tak setuju. Terbukti, dengan pengumuman PM, memang menguntungkan.

Jangan jadi budak nakal

Ada orang yang lesap daripada tugas tanpa sebarang alasan munasabah. Ini namanya pekerja nakal. Bila ditanya, buat-buat lupa atau sakit yang dibuat-buat. Ada pula jenis kedua, tidak hadir dengan sebab yang munasabah, tapi tanpa sebarang makluman kepada pihak atasan. Yang ini tidaklah senakal yang pertama tadi, tapi tetap nakal juga. Contohnya, dia memang demam, kereta rosak atau saudara sakit. Janganlah senyap tanpa sebarang berita. Sebaiknya maklumkanlah pihak atasan tentang kekangan dan alasan masing-masing.

Ketelusan anda, keprihatinan kami!

Saya yakin, bos yang bertimbang rasa akan menjaga kebajikan anak buahnya lantas membuat pertimbangan dan keputusan yang sewajarnya. Kecualilah jika bos kita memang jenis tidak prihatin, atau kita sendiri memang masyhur sebagai kaki kelentong! Yang penting, kita telus dalam tindakan dan bos pula prihatin dalam membuat keputusan.

Untuk apa kita dibayar?

Kepada orang-orang yang baru kerja, ingatlah bahawa kita dibayar gaji untuk patuh kepada arahan, berfikir dan bertindak melaksanakan bidang tugas masing-masing. Kalau tak nak patuh, kerja sendiri atau jadi bos! Saya pernah dimarah oleh pelanggan yang tidak puas hati. Untuk memujuk hati, saya katakan, “aku dibayar untuk kena marah!” Habis cerita…

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: