Mukhaiyam ISMA Zon Selatan 2011

Bismillahi walhamdulillah.

10-11 Disember 2011:  Saya bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan menuju ke Selatan. Destninasi kami adalah Perkampungan Orang Asli di Sg. Gemboh, Ladang Bekoh, Tangkak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam  dan Alhamdulillah selamat tiba di surau Ladang Bekoh jam 3.00 pagi untuk bermalam di sana.

Berikut beberapa aktiviti yang dilalui untuk dikongsi bersama.

Aktiviti pertama: BMI dan Ujian Segak.

Kali pertama camping ada BMI. Baguslah agar kita tahu berat badan kita ni sesuai tak dengan ketinggian. Hasilnya 23.8 (tinggi 169 cm, berat 67kg). Bahagian perut tu kena ‘adjust’ sikit (0.93)! Sempat juga buat bacaan gula dalam darah, keputusannya 6.2, OK la tu.

Di sekolah, biasa dengar Ujian Segak, tapi tak pernah terlibat pun. Kali ni saya berpeluang melakukannya. Untuk tekan tubi, setakat 21 kali saja dalam satu minit. Macam nak tocabut bahu den! Duduk jangkau pula, 31 cm. Kurang kelembutan! Ringkuk separa, dapat 20 kali- lulus! Akhir sekali, denyutan nadi 120 seminit selepas aktiviti naik turun selama tiga minit.

Aktiviti kedua: Menuju tapak perkhemahan

Tapak perkhemahan kami adalah di kaki bukit, dalam kebun getah milik Tok Batin Jengking. Beliau menyambut mesra kedatangan kami dan selepas sedikit taklimat, kami mula mendaki bertemankan lima orang jurupandu.

Ahli kumpulan Burhanuddin Helmi. Dari kiri: Zulhelmi, Izzat, Ujang, Hamdi (jurupandu), Afizhi, Cikgu Mat Zain.

Suku jam pertama memang amat mencabar, tercungap-cungap dibuatnya. Cikgu Mat Zain hampir pitam. Tapi berbekalkan semangat yang tinggi dan setia kawan, selepas lebih dua jam kami selamat sampai. Betullah pesan Tok Batin, “kalau bukit didaki, lurah dituruni. Tapi takde sungai.”  Foto Tok Batin tak dapat disertakan, itu pesanan (larangan) beliau sendiri.

Di belakang bukit sana, terletak Gunung Ledang.

Zul menikmati pemandangan sambil melepaskan penat

Aktiviti ketiga: Jungle Trekking

Kami dibawa oleh jurupandu menuju ke tempat pendudukan asal orang-orang Asli sebelum perang dunia kedua dahulu. Dalam perjalanan, kami diperkenalkan dengan beberapa tumbuhan, herba dan kegunaannya.

Bemban; batang terasnya boleh manakala buahnya boleh dimakan mengubat berak darah.

Batang dan daun Mahang Kapur

Mahang Kapur; semut boleh hidup di dalamnya tanpa merosakkan pokok. Juga digunakan untuk membuat alat muzik tradisional iaitu kongkong yang digunakan dalam tarian sewang.

Us. Man memastikan bau daun Sekentut Kijang

Pokok Sekentut Kijang; daunnya boleh dimakan untuk menghilangkan angin- kentut la tu. Sesuai dengan namanya, baunya agak busuk.

Daun Sekentut Kijang

Juga boleh dijadikan ulam untuk hilangkan lemah-lemah badan. Jelas Tok Moh, kalau daun tak berkesan, cabut dan rebus akarnya.

Cubaan untuk mencabut Lebang Sendi, sebab power...

Lebang sendi; boleh mengubati lemah-lemah sendi dan strok.

Fensiut...

Selada Merah: Orang Asli memanggilnya fensiut. Bau dan fungsinya macam kencur.

Pokok Ipoh

Pokok Ipoh; getahnya beracun. Digunakan untuk menyumpit haiwan. Untuk menghasilkan racun, perlu dimasak dan elakkan wapnya.

Hanya Tok Moh sahaja yang boleh rasa getah pokok Ipoh.

Menurut Tok Moh, kalau sudah ditawar, seluruh getah pokok Ipoh tidak beracun lagi.

Zaim sedang memilih buah Senduduk Putih, memang sedap rasanya.

Senduduk Putih; daunnya boleh menggantikan sabun dan buahnya sedap dimakan.

Getah pokok kelulut boleh ubati ulser

Pokok jarak atau kelulut; boleh mengubati ulser atau mata ikan.

Pengajaran

1. Setiap muslim perlu menjaga kesihatan diri sendiri agar dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di atas muka bumi. Bukan dapat cari duit dan menyara keluarga sahaja. Kalau setakat untuk sara keluarga, samalah macam Apek jual sayur; “kalau sakit, tak bole cali makan ma…”

2. Allah jadikan semua yang ada di atas muka bumi ini untuk kita sempurnakan tugas khalifah. Hanya kejahilan kita yang membataskan manfaat tadi.

Wallahu a’lam.

(Bersambung, insya Allah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: