Istiqamah dalam hidup

Sabda nabi SAW; Katakanlah aku beriman dengan Allah, kemudian beristiqamahlah. (Riwayat Muslim)

Hadis ini sebagai jawapan kepada soalan seorang sahabat, Sufyan bin Abdullah. Memang menjadi tabiat para sahabat, suka mendapat panduan nabi SAW untuk mereka amalkan. Bukannya sekadar pengetahuan yang bersarang dalam kotak pemikiran. Manakala baginda pula, menjawab dengan ringkas tapi padat. Tanpa huraian yang menjela-jela atau bunga-bunga bahasa, jauh sekali lawak jenaka. Kesungguhan dan keseriusan…

Istiqamah bermaksud berusaha membetulkan dan menetapkan sesuatu mengikut jalannya, sama ada perkataan, perbuatan maupun tujuan. Perhatikan perkataan ‘berusaha’. Usaha ini adalah suatu perjuangan dan perlu mendapat bantuan Ilahi. Justeru, kita pohon sentiasa, “tunjukilah kami jalan yang lurus.”

Adakah orang yang istiqamah tidak pernah tergelincir? Suatu yang ideal bahawa hidup dilalui tanpa sebarang gelincir atau kecundang. Kita bukan nabi, jauh sekali melaikat. Pepatah Melayu mengingatkan, langit mana yang tidak ditimpa hujan. Perhatikan ayat berikut;

Maksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali Imran:135)

Ayat ini adalah penjelasan kepada janji Allahkepada golongan muttaqin (bertakwa) yang ciri-ciri mereka termasuklah menafkahkan harta ketika suka dan duka, menahan kemarahan, memaafkan kesalahan, segera ingat Allah dan memohon keampunan bila buat kezaliman.

Juga ayat ini;  Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (Fatir:32)

Difahami bahawa salah satu dari golongan hamba Allah ialah orang yang menzalimi diri.

Pengajaran

1. Semua orang perlu berusaha agar berada di atas di jalan yang lurus, bebas dari maksiat, bahkan sentiasa taat kepada perintah Allah. Sebab itu muhasabah diri amat perlu. Ibarat kereta, jika alignment lari steering akan berat ke kiri atau kanan. Tanyalah diri sendiri; bila kali terakhir aku menitiskan air mata kerana Allah? Bilakah kali terkahir aku berqiyamullail? Bilakah kali terakhir aku beriktikaf, bersendirian untuk mencari kelemahan diri? Bilakah kali terakhir…

2. Setiap kali kita jatuh ke lembah maksiat, segeralah kembali ke pangkal jalan dengan memohon ampun dari Allah. Jangan sekali-kali redha atau berazam untuk mengulangi maksiat kepada Allah. Dua orang yang buat maksiat, zahirnya nampak sama. Tetapi jauh bezanya orang yang tewas dengan pujukan nafsu berbanding yang memang merancang dan berazam untuk buat maksiat. Jauh juga bezanya antara orang yang segera bertaubat berbanding yang tidak rasa bersalah…

3. Letakkanlah harapan kepada orang yang melakukan kesilapan bahawa masih ada kebaikan dalam dirinya untuk berubah. Janganlah kita melabel mereka sebagai sesat dan tiada harapan untuk diubah. Nilailah bersama kebaikan dan keburukan mereka secara adil. Sebagai ahli masyarakat, apa pula usaha kita untuk mengembalikan insan yang tersasar kembali ke jalan yang benar. Lihat kepincangan, tanya diri; apa usaha aku untuk membaikinya? Bukannya lihat kepincangan, lantas menuduh; masyarakat telah rosak!

Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: