Permudahkanlah, jangan disusahkan.

Bismillahi walhamdulillah…

Hujung tahun, saya agak sibuk sedikit kerana menguruskan permohonan murid ke tingkatan satu tahun 2012. Ditambah dengan laporan hujung tahun dan perancangan tahun hadapan. Selain melayan borang-borang, karenah ibu bapa dan penjaga perlu dilayan sama. Berikut beberapa ungkapan yang boleh dikongsi;

1. Yang mohon lebih dari satu sekolah- “Anak saya nak interview kat Rembau, boleh tak lepas tu dia datang sini?”

2. Yang serik dan nak ubah haluan- “Ustaz, saya nak anak saya sekolah, belajar agama kat sini. Abang-abang dia semua sekolah biasa”

3. Yang dari sekolah swasta- “Kami tak tau prosedur. Suami saya yang urus A to Z. Dah pergi jabatan, jabatan luluskan, suruh pergi sekolah. Pergi sekolah, sekolah suruh isi borang lain pulak!”

4. Yang ada masalah rumah tangga agaknya – “Saya tau ustaz saya silap, tapi saya mohon budi bicara dari pihak ustaz. Anak saya tak bagi borang tu kat saya. Saya ni sibuk. Orang rumah saya pulak off-line dengan saya. Saya ni dah macam orang luar kat rumah tu”

5. Yang ‘Mr. Somebody’ kat Rantau tu- “Sayalah yang  usahakan sampai dapat sekolah ni.”

Semuanya bertujuan, agar anaknya dapat masuk belajar di SMRA Rantau. Macam mana nak buat? Bagi saya, peraturan dan keputusan mesyuarat mesti didahulukan. Tidak kiralah anak AJK PIBG, staf sekolah atau orang biasa.

Dalam masa yang sama, jika perkara itu kecil dan boleh ditolak ansur, saya akan gunakan budi bicara. Namun, jangan sampai budi bicara menyusahkan diri sendiri dan menggugat institusi.

Hadis nabi SAW;

يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا

bermaksud; permudahkanlah dan jangan susahkan – menjadi pegangan saya dalam banyak hal. Kalau boleh sesuatu peraturan dan urusan dipermudah dan praktikal. Permudah tak sama dengan ambil mudah.

Siapa sahaja yang berusaha memudahkan urusan orang lain tanpa mendatangkan sebarang mudharat, pasti mendapat ganjaran dari Allah Taala. Semoga Allah pimpin saya ke arah mendapat keredhaannya dengan memudahkan dalam berurusan…

Wallahu a’lam.

Hina sangat ke 4A1B? (Tulisan ini mendapat kunjungan yang agak memberansangkan. Terutama musim keputusan UPSR dikeluarkan.)

2 Respons

  1. allhu yassirlahu walaa tu’assirlahu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: