Lemah dan malas


Bismillahi walhamdulillah…

Kalau penakut digandingkan dengan kedekut, maka lemah pula digandingkan dengan malas. Sebagaimana nabi SAW mengajar kita agar memohon berlindung dengan Allah dari sifat penakut dan kedekut, baginda juga ajar kita agar berlindung dari sifat lemah dan malas ini.

اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك من العجز والكسل…

“Ya Allah! Aku berlindung dengan mu dari keluh kesah dan duka cita, dan aku berlindung dengan mu dari lemah dan malas…” Teruskan membaca

Kisah cermin: Elak kecoh dan keruh


Bismillahi walhamdulillah.

Sebenarnya ini cerita lama, hampir dua tahun lepas. Lama tersimpan dalam draf, namun ada teladan yang boleh dikongsi sama.

Pertama, cermin kereta Unser saya yang dipecahkan oleh anak jiran. Kerja budak-budak la tu! Memang sah dia yang baling batu ke arah anak saya, tetapi terkena kereta- tak sengaja. Teruskan membaca

Dari masjid, masuk hutan!


Bersusah payahlah, kerana nikmat itu tidak berpanjangan!

Bismillahi walhamdulillah

22 Januari: “Kepada semua anak murid Ustaz Zairin, saya nak  maklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir pada malam ini. Pada malam ini juga, ramai yang tak ada. Termasuk nazir masjid, setiausaha, bendahari dan lain-lain. Mereka masuk hutan bersama remaja masjid..,” demikian mukaddimah Ustaz Zawawi memulakan kuliah maghribnya. Biasanya bila balik kampung dan ada kelapangan saya akan iktikaf di masjid ini, antara maghrib dan isyak. Menimba ilmu dan mengimbau nostalgia lama… Teruskan membaca

Tokoh seks suci Islam


Bismillahi walhamdulillah.

Harian Metro, 26 Januari (Khamis)

Pernah dengar tentang Kelab Taat Suami (KTS)? Merekalah yang menyarankan layanan pelacur kelas pertama kepada para isteri untuk menambat hati suami. Mungkin ada antara ahli mereka bekas pelacur ‘1st class’ yang berpengalaman, agaknya. Saya tak nafikan, masalah hubungan suami isteri merupakan salah satu faktor utama keruntuhan rumah tangga. Kalau tak percaya, tanyalah kauselor di pejabat agama. Teruskan membaca

Memanglah zikir bukan atas sejadah sahaja.


21 Januari: Selesai solat, saya dan jemaah lain berwirid bersama-sama mengikut imam. Baru habis istighfar tiga kali, dah dengar tiga orang bersembang di belakang saya. Antara yang jelas kedengaran, “… itu kerja jabatan agama.” Rancak dan seriusnya mereka berbincang. “Subhanallah, subhanallah, subhanallah….” kedengaran makmum berwirid, diselangi dengan “bla, bla, bla..” sembang orang-orang tadi. Mujurlah sampai saat imam membaca doa, mereka senyap seketika. Tapi sempat juga menyambung beberapa perkataan. Seriusnya mereka dengan ‘masalah ummah’ sehingga tak sempat tunggu habis doa. Teruskan membaca

Kem Lepasan SPM / STPM


Sempena cuti panjang, manfaatkan demi kebaikan diri sendiri, bangsa dan agama tercinta.

Sertailah Kem Lepasan SPM/STPM anjuran bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan.

Tarikh: 21-23 januari 2012

Hari: Sabtu-Isnin

Tempat: Nur Bukit Unggul, Jenderam, Selangor.

Teruskan membaca

Orang kita lebih hebat dari Imam Shafie!


Dikisahkan bahawa Imam Shafie semasa berguru dengan Imam Malik, telah menggunakan air liurnya untuk mencatat ilmu yang dipelajarinya. Perlakuannya telah ditegur oleh Imam Malik. Imam Shafie menjelaskan, “aku akan pastikan bahawa semua ilmu yang dicatat telah aku hafal, sebelum sempat ia kering!” Demikianlah hebatnya Imam Shafie dan terbukti apabila mazhabnya menjadi salah satu daripada yang termasyhur.

Teruskan membaca

%d bloggers like this: