Bersatu dan bekerja sama.

Bismillahi walhamdulillah.

Sabtu, 31 Disember 2011: Saya sempat menghadiri Forum Perdana sempena sambutan awal tahun 2012 anjuran bersama Gabungan NGO-NGO Islam Negeri Sembilan di Dataran Senawang. Antara yang diketengahkan adalah tentang perlunya kesatuan dan kerjasama dalam memartabatkan agama Islam.

Mungkin ada yang berpendapat, bersatu dan bekerjasama menuntut semua orang berada atau bernaung di bawah satu kumpulan yang sama. Sebenarnya, bukan macam itu. Contohnya, suami isteri mestilah bersatu dan bekerja sama bagi membina sebuah keluarga bahagia. Adakah ini bermaksud si suami perlu buat kerja isteri, manakala isteri pula perlu buat kerja suami. Pastilah tidak. Tetapi yang dimaksudkan adalah persepakatan dalam kerja bagi menjayakan matlamat yang satu.

Jika di sekolah, semua orang perlu sepakat laksanakan tugas masing-masing bagi mencapai visi dan misi sekolah. Janganlah kerani nak jadi cikgu, cikgu nak jadi pengetua, atau tukang sapu nak jadi jaga. Pastinya tunggang langgang! Sebab itu ada fail meja dan job spec untuk semua orang, supaya jelas peranan dan line of command.

Dalam amal Islami dan berjuang menegakkan kalimah Allah. Adalah mustahil semua orang nak dipaksa menjadi ahli satu-satu jamaah. Tetapi masing-masing boleh saling lengkap melengkapi, kerana tiada siapa yang perfect. Tidak salah jika kita meyakini bahawa jamaah kita  adalahpaling betul, bahkan itulah yang sepatutnya. Silap besar jika kita menganggotai jamaah yang kita tak yakin kebenaran perjuangannya. Di manakah salahnya? Kita salah, jika mendabik dada hanya kita sahajalah yang betul dan menafikan peranan orang lain dalam usaha-usaha menegakkan kalimah Allah.

Jom buat kerja masing-masing. Dalam masa yang sama, sentiasa muhasabah- adakah aku telah buat yang terbaik untuk agama, bangsa dan tanah air?

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: