Orang kita lebih hebat dari Imam Shafie!

Dikisahkan bahawa Imam Shafie semasa berguru dengan Imam Malik, telah menggunakan air liurnya untuk mencatat ilmu yang dipelajarinya. Perlakuannya telah ditegur oleh Imam Malik. Imam Shafie menjelaskan, “aku akan pastikan bahawa semua ilmu yang dicatat telah aku hafal, sebelum sempat ia kering!” Demikianlah hebatnya Imam Shafie dan terbukti apabila mazhabnya menjadi salah satu daripada yang termasyhur.

Dalam majlis-majlis ilmu yang saya hadiri, bahkan dalam kuliah yang saya sampaikan sendiri, amat jarang melihat audien mencatat apa yang disampaikan. Tolak tepi orang yang bersembang semasa kuliah berlangsung. Juga tolak tepi yang berzikir semasa kuliah disampaikan- ini spesis dual processor agaknya!

Dalam Al-Quran, Allah menyebut bahawa dia mengajar dengan kalam atau pena. Maksudnya, kalam adalah alat penting untuk mendapat ilmu. Apa gunanya kalam, kalau bukan untuk menulis atau mencatat. Apa yang dicatat, kalau bukan ilmu yang diperolehi dalam majlis ilmu. Komponennya; majlis ilmu, ilmu yang diajar dan ilmu yang dicatat. Sebab itu perlu bawa buku nota dan pen jika hadir majlis ilmu.

Sesuai dengan zaman ICT, mungkin kita tidak lagi mencatat dalam buku nota. Susah, sebab kena bawa buku dan pen bersama. Kini pelbagai gajet boleh digunakan. Itulah namanya memanfaatkan teknologi untuk menyempurnakan tugas kita sebagai khalifah. Saya sendiri sering jadikan handphone sebagai notebook.

Tapi, persoalan utama yang tidak boleh kita lupakan; orang kita lebih hebat dari Imam Shafie!

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: