Memanglah zikir bukan atas sejadah sahaja.

21 Januari: Selesai solat, saya dan jemaah lain berwirid bersama-sama mengikut imam. Baru habis istighfar tiga kali, dah dengar tiga orang bersembang di belakang saya. Antara yang jelas kedengaran, “… itu kerja jabatan agama.” Rancak dan seriusnya mereka berbincang. “Subhanallah, subhanallah, subhanallah….” kedengaran makmum berwirid, diselangi dengan “bla, bla, bla..” sembang orang-orang tadi. Mujurlah sampai saat imam membaca doa, mereka senyap seketika. Tapi sempat juga menyambung beberapa perkataan. Seriusnya mereka dengan ‘masalah ummah’ sehingga tak sempat tunggu habis doa.

Bahana somebody

Mereka yang saya maksud adalah antara orang yang ‘dikenali’ dalam masyarakat. Sebelum PRU12, mereka jarang ke masjid tu. Kalau solat Jumaat pun ke tempat lain. Kononnya tak sah sembahyang belakang imam ketika itu. Tapi sekarang, bukan setakat solat di  masjid, siap jadi imam dan bagi tazkirah lagi. Saya yakin, banyak tempat mengalami fenomena yang sama. Bukan atas dasar ilmu, tetapi mengikut emosi semata-mata.

Pahala mereka dah banyak

Kalau nak diikutkan hati, nak saja saya tegur mereka. Memandangkan mereka orang yang dikenali ramai, nanti tersinggung pula. Saya ingatkan diri sendiri; aku tak boleh ikut dia orang tu, sebab pahala mereka dah banyak. Sebab tu, masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk berwirid dan berdoa mereka berbual membincangkan masalah ummah. Punyalah sibuk. Kalau ya pun, keluar la dulu dari ruang solat dan sembang lah puas-puas. Jangan sampai jemaah lain nampak atau mengganggu majlis zikir!

Jangan terpedaya

Syaitan memang pandai memperdaya manusia dengan andaian-andaian manis. Kononnya, kita orang kuat parti, mestilah sibuk bincang pasal isu masyarakat. Orangpun tahu dan kenal kita, sebab tu kalau sembang semasa wiridpun, tidak menjadi masalah! Orang kuat parti la katakana, mestilah sibuk, sampai tak sempat nak berzikir! Bahkan syaitan juga mengilhamkan; zikir ni bukan terhad lepas solat aje. Sambil-sambil nak pergi ke motor nanti boleh berzikir. Atau, nanti masa bawa motor boleh berzikir. Dan biasanya, terlepas untuk berzikir!

Suasana ini mengingatkan saya kepada sabda nabi;

1. Alhamdulillah itu memenuhi mizan. Alhamdulilah dan Subhanallah pula memenuhi antara langit dan bumi… Maka, luangkanlah masa untuk subhanallah, alhamdulillah dan Allahu akbar selepas solat.

2. Janganlah kamu memandang hina (rendah) sedikitpun perkara makruf. Meskipun bertemu saudara mu dengan wajah yang ceria. Maka, jangan dipandang enteng zikir lepas solat!

Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: