Tokoh seks suci Islam

Bismillahi walhamdulillah.

Harian Metro, 26 Januari (Khamis)

Pernah dengar tentang Kelab Taat Suami (KTS)? Merekalah yang menyarankan layanan pelacur kelas pertama kepada para isteri untuk menambat hati suami. Mungkin ada antara ahli mereka bekas pelacur ‘1st class’ yang berpengalaman, agaknya. Saya tak nafikan, masalah hubungan suami isteri merupakan salah satu faktor utama keruntuhan rumah tangga. Kalau tak percaya, tanyalah kauselor di pejabat agama.

Masalah boleh berpunca dari isteri, lantaran KTS mencanangkan layanan first class tadi. Tak mustahil juga berpunca dari pihak suami. Seorang sahabat saya semasa di JPS dahulu sering menegaskan; Syeikh, tak guna duit banyak, rumah besar, tapi isteri tak cukup makan- hancur!! Itu berdasarkan pengalaman beliau dan isteri mengendalikan masalah suami isteri.

Idea KTS tadi memang pelik. Tak peliklah kalau terbaru ini, mereka lancarkan pula kempen sempena Maulidur Rasul SAW ini- Rasulullah tokoh seks suci Islam!! Tergamaknya… Mungkin tujuan mereka baik iaitu untuk membina institusi kekeluargaan yang mantap, lantas gunakan tajuk yang bombastik.

Pada saya, banyak lagi tajuk yang boleh diketengahkan bagi memantapkan institusi kekeluargaan. Contohnya, Rasulullah suami mithali, Rasulullah bapa sepanjang zaman, Rasulullah idolaku- dahulu, kini dan selamanya, dan macam-macam lagi. Boleh juga difokuskan kepada pihak isteri, seperti Ciri-ciri isteri idaman lelaki, Senjata isteri tawan suami, Isteri mithali: cabaran dan harapan, dan sebagainya.

Kedua, Rasulullah SAW membawa cara hidup yang syumul. Mengapa difokuskan kepada seks sahaja? Adakah benda itu sahaja yang bermain dalam kepala KTS atau bekas pengikut Al-Arqam itu? Patutlah tidak sah kalau setiap ‘ustaz’ dalam Al-Arqam hanya beristeri satu. Paling kurang dua… dan itu menjadi gula-gula mereka!

Bertuahlah mereka yang faham keluasan Islam dan memperjuangkannya. Perjuangan yang sempit pasti akan menemui jalan buntu, kerana tidak selari dengan fitrah manusia dan sunnah alam ini.

Wallahu a’lam

Baca: Komen Mufti Selangor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: