Dari masjid, masuk hutan!

Bersusah payahlah, kerana nikmat itu tidak berpanjangan!

Bismillahi walhamdulillah

22 Januari: “Kepada semua anak murid Ustaz Zairin, saya nak  maklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir pada malam ini. Pada malam ini juga, ramai yang tak ada. Termasuk nazir masjid, setiausaha, bendahari dan lain-lain. Mereka masuk hutan bersama remaja masjid..,” demikian mukaddimah Ustaz Zawawi memulakan kuliah maghribnya. Biasanya bila balik kampung dan ada kelapangan saya akan iktikaf di masjid ini, antara maghrib dan isyak. Menimba ilmu dan mengimbau nostalgia lama…

Disiplin

Pengumuman awal memang kadangkala kita dengar, iaitu penceramah tidak dapat hadir kerana ada suatu keuzuran. Satu disiplin yang baik jika seseorang penceramah- tidak kira penceramah popular atau tidak, memaklumkan ketidakhadirannya kepada pihak masjid. Bukannya senyap sahaja, dengan anggapan pihak masjid akan bersangka baik dengannya.

Dahulu masjid ini memang aktif, saya sendiri ada jadual memberi kuliah di situ. Tetapi sejak pentadbiran baru oleh golongan muda, ia lebih lagi aktif dan berjaya menarik jemaah hadir ke masjid. Bukan menafikan pentadbiran generasi tua, tetapi membuktikan generasi muda lebih agresif dan idea datang mencurah-curah. Secara jujur, perubahan ketara ini berlaku selepas PRU12. Senario politik yang berubah, turut mengubah pentadbiran masjid- ke arah yang positif. Alhamdulillah…

Dari masjid, masuk hutan

Tahniah kepada pihak masjid kerana berjaya menganjurkan  aktiviti untuk anak-anak remaja. Terisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah, apatah lagi dianjurkan oleh pihak masjid. Lebih istimewa lagi, ahli jawatankuasa masjid turut serta dalam aktiviti bermalam dalam hutan tersebut. Jarang kita dengar penglibatan secara langsung oleh pentadbir masjid.

Sesungguhnya usaha mendidik remaja bukan terbatas di dalam masjid atau sekitar kawasan masjid. Tetapi boleh juga di tepi pantai atau dalam hutan. Mungkin ada yang berpendapat; “buat apa susah payah. Kalau dalam masjid, boleh dapat pahala iktikaf.” Tidak dinafikan, iktikaf itu ibadah. Tetapi tinggal di hutan untuk belajar merasai kepayahan hidup juga adalah ibadah. Lebih berkesan lagi jika pihak penganjur bijak menyusun aktiviti dan dikaitkan dengan kehidupan seharian. Terutama generasi sekarang yang hidup dengan kemewahan; jarang berembun, jarang masak sendiri, jarang beregang dari TV dan macam-macam jarang lagi.

Belajar susah waktu senang

Nabi SAW pernah mengingatkan, “bersusah payahlah, kerana nikmat itu tidak berpanjangan.” Kita bukan mencari susah, tetapi kita belajar susah waktu senang, agar tidak kekok bila berhadapan dengan kesusahan kelak. Kerana kesenangan yang kita  miliki sekarang, tiada siapapun yang boleh menjamin ia akan berkekalan.

Wallahu a’lam.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: