Kisah cermin: Elak kecoh dan keruh

Bismillahi walhamdulillah.

Sebenarnya ini cerita lama, hampir dua tahun lepas. Lama tersimpan dalam draf, namun ada teladan yang boleh dikongsi sama.

Pertama, cermin kereta Unser saya yang dipecahkan oleh anak jiran. Kerja budak-budak la tu! Memang sah dia yang baling batu ke arah anak saya, tetapi terkena kereta- tak sengaja.

Ikut logik, mak bapak dia la yang kena bayar ganti rugi. Tapi fikir punya fikir, saya senyapkan saja. Sebab tak pandai nak susun ayat, takut nanti jadi keruh pula. Dah lah memang jarang berhubung, sebab bapak dia selalu out station, sampai sekarang ni pun saya tak kenal, yang mana satu! Pada pendapat saya, daripada kecoh dan keruh, keluarkanlah duit sendiri- RM80 sahaja! Alhamdulillah, sampai sekarang budak tu adik beradik masih berkawan dengan anak-anak saya. Harap-harap tindakan saya ni betul dan yang paling penting, diredha Allah.

Kedua, cerita tentang cermin juga. Tapi kali ini cermin muka yang dah pecah. Memang kurang bijak kalau ada orang simpan cermin yang dah pecah kat rumah dia. Sebab, dah tak boleh guna dan berbahaya. Tapi lebih kurang bijak kalau cermin yang pecah tadi dibuang di tepi tembok, penghujung jalan mati di lorong perumahan. Sebab, kawasan tu budak-budak ramai main.

Sekali lagi, tanpa fikir panjang macam cermin Unser tadi, saya kutip pecahan cermin muka tu, bungkus dengan kertas dan buang. Saya yakin, ini mesti kerja jiran setaman, lebih jahat lagi, kerja jiran selorong. Tak payah nak cari, siapa orangnya- nanti kecoh dan keruh. Doa saya, agar orang tu diberi hidayah…

Maksud hadis;

1. Janganlah kamu memandang rendah sesuatu kebaikan, walaupun dengan bertemu saudaramu dengan muka yang ceria

2. Iman itu lebih dari tujuh puluh cabang. Paling tinggi adalah kalimah La ilaha illallah, dan paling rendah menghilangkan perkara yang menyakitkan di jalanan.

Wassalam.

2 Respons

  1. sesekali lihat semula kisah di Rantau. Kisah yang ante coretkan kisah biasa dalam masyarakat . Yang bagusnya apa tindakan terbaik dari perkara biasa tersebut. Alhamdulillah amalan dan iktibar yang molek

    • Syukran syeikh! Saja kongsi pengalaman. Kadang-kadang kita betul, ada kalanya salah. Yang betul kita kongsikan, yang salah, kenalah diperbetulkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: