Lemah dan malas

Bismillahi walhamdulillah…

Kalau penakut digandingkan dengan kedekut, maka lemah pula digandingkan dengan malas. Sebagaimana nabi SAW mengajar kita agar memohon berlindung dengan Allah dari sifat penakut dan kedekut, baginda juga ajar kita agar berlindung dari sifat lemah dan malas ini.

اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك من العجز والكسل…

“Ya Allah! Aku berlindung dengan mu dari keluh kesah dan duka cita, dan aku berlindung dengan mu dari lemah dan malas…”

Lemah berkait dengan kekuatan atau quwah, manakala malas berkait dengan kehendak atau iradah. Orang yang lemah tidak mampu melaksanakan atau menjayakan sesuatu tugasan. Sama ada tugasan itu tidak siap, atau siap tetapi tidak sempurna atau lambat. Puncanya, tidak ada kekuatan. Kekuatan yang dimaksudkan bukanlah setakat kekuatan fizikal, tetapi merangkumi teknikal, material dan kewangan.

Orang yang malas, mungkin dia kuat. Tetapi bila tiada keinginan atau kehendak, kekuatan tadi tidak membawa sebarang erti. Lebih malang jika seseorang itu- malas dan lemah! Na’uzu billahi min zalik..

Dari sudut dakwah, kekuatan adalah penting. Kerana ada kemungkaran yang hanya tercegah dengan kekuatan. Manakala jihad, sudah pasti memerlukan kekuatan.

Maka usahakanlah, agar kita – sebagai individu, dikurniakan kekuatan dan kerajinan untuk beramal- demi kebaikan dunia dan akhirat. Manakala bagi sebuah jemaah, salinglah perkuatkan ahli agar tiada yang keciciran.

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: