Guru agama tak solat Jumaat!


Bismillahi walhamdulillah

Memang memeranjatkan kalau orang yang sepatutnya jadi contoh teladan, tapi berlaku sebaliknya. Itulah lumrah kehidupan, kalau tidak masakan timbul; harapkan pagar, pagar makan padi; umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus  dsb. Teruskan membaca

Iktibar siput babi; Kenali diri dan jadilah diri sendiri.


Bismillahi walhamdulillah.

Teka teki:

“Kenapa siput babi jalan perlahan?”

Pernah dengar teka teki ni? Kalau namanya teka-teki, janganlah guna jawapan saintifik. Mudah sahaja, siput babi jalan perlahan kerana dia asyik  memikirkan – Aku ni siput atau babi? Teruskan membaca

Wacana Peradaban: Kedudukan Orang Melayu Dalam Model Ekonomi Baru


Hari Kekasih tidak wajar disambut.


Bismillahi walhamdulillah.

Memadai saya ‘copy and paste’ keputusan majlis-majlis fatwa. Selamat membaca hukum dan hujah yang disertakan…

1. Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Teruskan membaca

SPRM boleh bantu.


Bismillahi walhamdullillah

Lepas solat tadi sempat sembang dengan seorang jiran yang ditukarkan tempat kerja atas sebab yang tidak munasabah. Kononnya atas sebab keperluan perkhidmatan, sedangkan tempat baru tidak memerlukan kepakarannya. Ketidakpuasan hatinya disuarakan kepada beberapa pihak atasan, peringkat daerah dan negeri. Bahkan aduan ke kementerian juga telah dibuat. Namun tidak ada respon yang positif. Menyedihkan, beliau dikeluarkan atas ‘sokongan’ orang-orang yang sama bangsa dan agama- Melayu Islam. Teruskan membaca

Doa


Hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan bagi mendapat redha Ilahi dengan melawan kehendak nafsu dan menempuh halangan sepanjang perjalanan kehidupan. Setiap pejuang memerlukan senjata. Bagi seorang mukmin, doa adalah senjatanya.

Firman Allah Taala;

 

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…  (Ghafir:60) Teruskan membaca

Modul Belajar POWER!


Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan
dengan kerjasama
Masjid Kariah Taman Panchor Jaya

[ 6 Februari 2012 | Isnin |  8.00 pagi – 2 petang | RM5.00 sahaja ]

    Penceramah :  Tn. Hj. Roshidi Shahari  (MAP Training & Consultancy)
    Sasaran : Remaja berumur 13 – 17 tahun
Jangan lepaskan peluang untuk bersama orang kanan kepada Dr Tengku Asmadi daripada MAP. Tuan Haji Roshidi sangat berpengalaman luas dalam memberikan motivasi dan teknik belajar kepada remaja dan belia.
%d bloggers like this: