SPRM boleh bantu.

Bismillahi walhamdullillah

Lepas solat tadi sempat sembang dengan seorang jiran yang ditukarkan tempat kerja atas sebab yang tidak munasabah. Kononnya atas sebab keperluan perkhidmatan, sedangkan tempat baru tidak memerlukan kepakarannya. Ketidakpuasan hatinya disuarakan kepada beberapa pihak atasan, peringkat daerah dan negeri. Bahkan aduan ke kementerian juga telah dibuat. Namun tidak ada respon yang positif. Menyedihkan, beliau dikeluarkan atas ‘sokongan’ orang-orang yang sama bangsa dan agama- Melayu Islam.

Lebih menyedihkan, rakan-rakan yang pernah sama-sama bekerja dan dibantu langsung tidak bertanya khabar, apatah lagi mempertahankan. Saya tanya, siapa lagi rasanya yang boleh membantu? Dia jawab, tinggal SPRM saja yang belum diajukan aduan. Saya terus memberi sokongan dan menggalakkan dia buat aduan kepada SPRM. Biar buku bertemu ruas.

Betulkah saluran itu?

Adakah SPRM boleh membantu?

Doa saya, dia tabah hadapi ujian…

Wassalam.

(Saya ada pengalaman dua kali disoal siasat oleh SPRM untuk dua aduan yang berbeza.  Tidak ada apa yang perlu ditakutkan jika kita di pihak yang benar)

Pertanyaan Lazim Tentang  SPRM
Apakah SPRM akan mengambil tindakan terhadap maklumat yang dikemukakan walaupun hanya melalui surat layang

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan ke atas apa-apa maklumat sekalipun, termasuk melalui surat layang. Sekiranya maklumat itu mempunyai atau mengandungi asas wujudnya perlakuan atau amalan rasuah ataupun penyalahgunaan kuasa.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: