Guru agama tak solat Jumaat!

Bismillahi walhamdulillah

Memang memeranjatkan kalau orang yang sepatutnya jadi contoh teladan, tapi berlaku sebaliknya. Itulah lumrah kehidupan, kalau tidak masakan timbul; harapkan pagar, pagar makan padi; umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus  dsb.

  1. Saya pernah mendengar dari sepupu isteri saya. Iaitu, murid sebuah sekolah agama terkemuka dan sedang menanti untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah- tidak mengerjakan solat Jumaat!
  2. Itu murid. Ada kisah pengetua sekolah agama, pemegang ijazah agama- tapi tak solat Jumaat. Sedangkan sekolah agama itu amat masyhur dan menjadi rebutan.
  3. Juga, baru-baru ini seorang bekas Kadi bertanya kepada anak buahnya yang baru bertugas di sebuah sekolah agama, “siapa pengetua sekolah agama tu? Tak pernah nampakpun kat masjid sembayang Jumaat.”

Berdasarkan tiga kisah benar di atas, apakah tanggapan anda?
Pasti macam-macam. Antaranya;

  1. Budak sekolah agama atau sekolah biasa, sama aje!
  2. Manusia tetap manusia, tak lepas dari silap dan salah.
  3. Zaman sekarang, orang gunakan agama untuk kepentingan diri.
  4. Semua tu fitnah, untuk merendahkan golongan agama.
  5. Sekolah agama gagal melahirkan insan rabbani.
  6. Kalau pengetua tak jaga solat, anak murid lebih-lebih lagi.
  7. Guru agama (termasuk Tok Guru) bukannya maksum
  8. dan macam-macam lagi

Sebenarnya, semua tanggapan itu hanya sesuai untuk kisah pertama, iaitu budak yang solat Jumaat tu. Tapi tidak sesuai untuk kisah kedua dan ketiga. Sebab pengetua dua-dua sekolah tu PEREMPUAN!! Mana wajib sola Jumaat.

Pengajarannya, jangan cepat menghukum sebelum dengar cerita sebenar dan dengar sampai habis. Adab seorang muslim, perlu tahqiq berita yang diterima, bukannya terima bulat-bulat kemudian terus canang melalui blog, fb dsb.

Zaman sekarang, orang suka menokok tambah cerita. Lebih sedih, mengada-adakan cerita yang memang tidak wujud. Sedangkan Allah dah beri amaran; fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh!! Na’uzu billahi…

“Ya Allah! Kami berlindung dengan mu dari fitnah!

Sekian, wassalam.

2 Respons

  1. Nasib baik saya membaca sampai habis…. kalau tak, mesti saya “suuzon” dek kerana cerita tuan.. peace..

    • Terima kasih kerana sudi membaca.
      Memang tujuan tulisan ni menginsafkan kita (atau sesiapa sahaja) yang suka menghukum tanpa soal selidik, atau mudah buat hukuman awal, suka telan bulat-bulan tanpa ‘tahqiq’ dsb.
      Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: