Aktiviti Remaja: Pengucapan Awam dan Komunikasi Berkesan


Sertai Siri Kedua Program Briged Kelab Remaja Isma (KRIM) Negeri Sembilan dengan Modul Pengucapan Awam dan Komunikasi Berkesan.

1 April 2012 | Ahad | Masjid Kariah Paroi Jaya

Berminat? Hubungi 019-623 0101 atau 019-244 5736

Klik poster untuk detail;

Awas! Syiah memang BAHAYA!


Bismillahi walhamdulillah…

Ustaz Mohamad sedang memberikan penjelasan tentang Syiah

Berikut adalah beberapa catatan hasil menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Us. Mohamad bin Ismail, Ketua Pusat Kajian Syiah ISMA di Masjid At-taqwa, Paroi pada 24 Mac, 2012.

Saya kongsikan untuk manfaat bersama… Teruskan membaca

Ceramah Penerangan Bahaya Syiah


Ziarah sepatutnya memupuk ukhuwah


Bismillahi walhamdulillah,

Adik saya Mat, sedang melayan kakak ipar dan anak-anak buahnya.

Tulisan kali ini berkisar ziarah menziarahi atau memenuhi undangan. Tahun lepas,  dengan penuh semangat saya memenuhi undangan seorang kawan perempuan sempena hari raya. Memandangkan isteri saya habis sekolah hampir maghrib, kami bercadang ke sana selepas isyak. Sebelum bertolak, saya menelefon kawan tersebut dan bunyinya beliau tiada halangan untuk menerima kami.

Sesampai di rumahnya, ayat pertama keluar dari mulut si suami adalah; ini tetamu terakhirlah ni. Jemput masuk. Kamipun menjamu selera dengan dilayan oleh rakan saya, manakalanya suaminya bersembang di ruang tamu dengan kerabatnya. Selesai menjamu, saya bersalaman dengan suaminya dan ayat kedua pula adalah; terima kasih datang. Teruskan membaca

Bahaya Syiah


Ayatollah Khomeini adalah pemimpin dalam gerakan menentang Shah Mohammad Reza.

Bismillahi walhamdulillah.

Masih ingat Revolusi Iran tahun 1978? Pada awal 80an siapa yang tak kenal atau dengar tentang Ayatollah Khomeini. Ramai yang bersemangat dengan Revolusi Islam, kagum dengan anak-anak kecil memikul senjata. Tidak kurang juga penampilan lelaki berjubah, berjambang dan berserban. Manakala yang perempuan serba hitam dan berpurdah. Kalau di asrama, lagu-lagu Iran berkumandang, padahal tak fahampun! Gambar Ayatollah Khomeini turut menghiasi dinding!

Bila sebut tentang Iran, pasti sinonim dengan Syiah. Pada masa itu tidak kedengaran konflik antara Ahli Sunnah dengan Syiah. Kalau adapun, kita katakan, “tidak semua Syiah tu sesat.” Teruskan membaca

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H Peringkat SMRA Rantau


11 Februari 2012 (Sabtu): SMRA Rantau telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah. Aktiviti yang dijalankan;

  1. Bacaan al-Mathurat di dewan terbuka.
  2. Perarakan dari sekolah ke Masjid Kuala Sawah
  3. Ceramah Maulidur Rasul SAW
  4. Anugerah Tokoh Maulidur Rasul

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang ambil bahagian…

%d bloggers like this: