Ziarah sepatutnya memupuk ukhuwah

Bismillahi walhamdulillah,

Adik saya Mat, sedang melayan kakak ipar dan anak-anak buahnya.

Tulisan kali ini berkisar ziarah menziarahi atau memenuhi undangan. Tahun lepas,  dengan penuh semangat saya memenuhi undangan seorang kawan perempuan sempena hari raya. Memandangkan isteri saya habis sekolah hampir maghrib, kami bercadang ke sana selepas isyak. Sebelum bertolak, saya menelefon kawan tersebut dan bunyinya beliau tiada halangan untuk menerima kami.

Sesampai di rumahnya, ayat pertama keluar dari mulut si suami adalah; ini tetamu terakhirlah ni. Jemput masuk. Kamipun menjamu selera dengan dilayan oleh rakan saya, manakalanya suaminya bersembang di ruang tamu dengan kerabatnya. Selesai menjamu, saya bersalaman dengan suaminya dan ayat kedua pula adalah; terima kasih datang.

Dari satu segi, saya berpuas hati kerana berjaya membuat kunjungan balas ke rumah rakan tadi. Namun dari satu segi, saya sedikit terasa hati dengan tindakan si  suami. Seolah-olah kami tetamu yang tidak diundang. Kerana hanya dua ayat yang keluar dari mulutnya dan langsung tidak menjenguk kami di dapur. Bagi saya, kalau tetamu yang datang itu teman isteri, saya akan layan suaminya. Begitu juga sebaliknya.

Juga, tuan rumah haruslah berbincang dengan pasangan masing-masing, adakah masih boleh menerima tetamu atau tidak. Jika tidak boleh, susunlah ayat yang sesuai. Contohnya, “maaflah, bukan tak sudi, tapi kita orang ada hal pulak malam ni.” Jangan paksa diri terima tetamu jika tidak bersedia. Saya yakin, jika kita berterus terang, rakan kita pasti boleh terima dan tidak berkecil hati. Akibatnya tetamu rasa tidak dihargai atau rasa bersalah. Silap-silap tuan rumah pula bergaduh, gara-gara tetamu yang ‘separa diundang’!

Ziarah adalah ibadah

Ingatlah pesanan Nabi SAW; siapa yang beriman dengan Allah dan rasulnya, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Apa yang nak kita katakan jika tetamu terasa seolah-olah dia tidak dimuliakan?

Menerima tetamu dan ziarah adalah ibadah yang sepatutnya mendatangkan pahala. Bagaimana pula kalau ibadah itu dilakukan tidak ikhlas atau tidak sepenuh hati?

Ziarah menziarahi sepatutnya mengeratkan ukhuwah. Bagaimana pula jika lepas balik dari rumah yang diziarahi, hati bertambah renggang?

Sebagaimana kita perlu bersedia untuk ibadah solat, kita juga perlu bersedia untuk menyempurnakan ibadah menerima tetamu.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: