Awas! Syiah memang BAHAYA!

Bismillahi walhamdulillah…

Ustaz Mohamad sedang memberikan penjelasan tentang Syiah

Berikut adalah beberapa catatan hasil menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Us. Mohamad bin Ismail, Ketua Pusat Kajian Syiah ISMA di Masjid At-taqwa, Paroi pada 24 Mac, 2012.

Saya kongsikan untuk manfaat bersama…

Siapakah Syiah?

  1. Mereka adalah golongan yang menyokong dan menyatakan bahawa kepimpinan (imamah) atau  khalifah adalah hak Saidina Ali berdasarkan nas atau dalil secara jelas.
  2. Imamah atau hak khalifah juga untuk keturunan Ali.
  3. Imamah merupakan rukun dalam pegangan Syiah. Tidak mungkin nabi biarkan orang-orang awam menentukan siapa jadi imam selepas beliau wafat.
  4. Dalam kalangan mereka ada yang ekstrim dengan mengatakan bahawa Ali sepatutnya menjadi khalifah. Bahkan ada yang lebih dahsyat, mendakwa Ali yang sepatutnya menjadi nabi dan Jibril telah tersilap orang.

Salah seorang hadirin bertanyakan tentang Hasan Nasrullah.

Beberapa fahaman asas Syiah.

  1. Al-Walayah (Kepimpinan Imam). Perkara ini menggantikan dua kalimah syahadah, iaitu orang yang tidak meyakininya adalah kafir. Mendakwa imam-imam adalah maksum dan lebih tinggi dari nabi atau malaikat. Imam menjadi rujukan syariat dan al-Quran masih diturunkan kepada para imam.
  2. Al-quran tidak sempurna. Hanya Al-Quran versi Syiah sahaja boleh digunan pakai.
  3. Mengkafirkan sahabat. Mereka mendakwa Saidina Abu Bakar dan Umar adalah kafir dan musyrik. Ada yang terang-terang melaknat Saidatina Aisyah.
  4. Taqiyah (bersembunyi). Iaitu menyembunyikan sesuatu yang ada dalam hati. 9/10 daripada jaran Syiah adealah taqiyah. Mereka boleh bermuka-muka untuk menyelamatkan diri. Mendakwa orang yang berdusta akan dikurniakan cahaya di akhirat kelak yang akan membawanya ke syurga.
  5. Nikah kontrak (mut’ah). Mereka boleh bernikah dengan sesiapa untuk tempoh masa yang ditentukan. Seolah-olah isteri itu adalah perempuan sewaan.
  6. Ar-Raj’ah. Imam-imam Ahli Bait akan bangkit sebelum hari kiamat untuk menuntut bela ke atas orang-orang yang merampas hak mereka.
  7. Al-Bada’. Allah bersifat jahil
  8. Memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka melabel ASWJ sebagai an-nasibi (الناصب) kerana memusuhi Ahli Bait. Mereka hanya menyanjung Fatimah, Ali, Husin dan Hasan serta keturunan mereka.

Saudara Omar sedang memperkenalkan ISMA kepada hadirin.

Syiah di Malaysia

  1. Bermula sejak 1979 (Revolusi Iran). Ramai dihantar belajar di Iran.
  2. Pada 3 Mei 1996, telah keluar fatwa sesatkan semua kelompok Syiah.
  3. Di universiti sekitar Lembah Klang terdapat lebih kurang 2000 pelajar Iran. Begituju juga di Johor. Mereka bukan sahaja belajar, tetapi menyebarkan fahaman Syiah.
  4. Pada 12 Disember 2010, tangkapan dibuat di Gombak kerana usaha mengembangkan Syiah oleh penceramah yang didatangkan dari Iran.
  5. Cara nak kenal; menunaikan solat jamak tanpa uzur syarie.
  6. Pada Ramadhan 2011, sebanyak 35,000 buku syiah dirampas sebelum sempat diedar di Melaka
  7. Di UM ada kuliah mingguan ajaran syiah.

Rumusan

  1. Perbezaan kita dengan syiah adalah dari segi akidah, bukan mazhab fiqh.
  2. Mereka bertopengkan Ahli Bait untuk mengelirukan umat Islam
  3. ISMA mengajak seluruh umat Islam bersatu hadapi bahaya Syiah.
Saya sempat buat carian di Youtube tentang Bahaya Syiah, antara hasilnya;
#16 Wajah-wajah syiah.  Dan banyak lagi…!

Wassalam.

ISMAWeb: Isu Syiah bukan perbezaan mazhab

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: