Hadis palsu dalam masyarakat


Bismillahi walhamdulillah…

Hadis palsu adalah sesuatu perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW, sedangkan baginda tidak pernah berbuat demikian.  Perkara yang disandarkan itu sama ada berbentuk kata-kata, perbuatan atau perakuan baginda. Dalam ilmu hadis, disebut sebagai hadis maudhu’.

Bila disebut palsu, pastinya ia timbul dari rekaan orang-orang tertentu dengan pelbagai tujuan. Apapun tujuannya, tetap dilarang. Para ulamak telah bersepakat bahawa hukum mencipta hadis palsu ini adalah haram, kerana ia adalah pembohongan ke atas nabi SAW. Nabi pernah bersabda, sesiapa berdusta ke atasku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya dalam neraka!! Teruskan membaca

Seminar Pecutan Akhir PMR-SPM


Khusus buat calon PMR/SPM atau yang berminat.

Peluang sedekah jariah


Bismillahi walhamdulillah…

Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria mempelawa para pembaca untuk menghulurkan sumbangan bagi menyempurnakan pembinaan Surau Vila Suria. Teruskan membaca

MURID KENA ROTAN, KERETA KENA CALAR- APA NAK KATA?


Bismillahi walhamdulillah.

Kisah yang akan saya paparkan ini adalah berdasarkan kejadian sebenar dan saya alami sendiri. Saya kongsikan catatan kehidupan ini untuk diambil iktibar di sebalik kejadian yang berlaku.

Cikgu Rosni mengajar kelas peperiksaan, subjek Bahasa Melayu. Demi memastikan murid tidak melakukan kesalahan, Rosni menegur dan kadangkala merotan. Suatu hari beliau merotan beberapa orang murid atas beberapa kesalahan bahasa. Sebagai basalan, keretanya dicalarkan! Suspek utama, pastinya murid-murid yang dirotan tadi. Teruskan membaca

Konvensyen Memartabatkan Islam Memperkasakan Ummah


Doa Sempena Hari Guru 2012


 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

َالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّين َوَعَلَى آلِهِ َوَأصْحَاِبهِ َأجْمَعِيْنَ

 

Ya Allah Ya Tuhan kami,

kami bersyukur kerana pada pagi Jumaat, penghulu sekalian hari ini,

engkau izinkan kami warga SMRA Rantau

untuk membaca Yasin bersama-sama, sebagai tanda perpaduan,

seterusnya menadah tangan bermunajat kepadamu,

sebagai tanda pengabdian.

 

Ya Allah! Ya Rahman Ya Rahim.

Ampunilah dosa-dosa kami,

dosa kedua ibu bapa kami dan dosa guru-guru kami.

Sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun,

lagi maha mengasihani.

 

Ya Allah! Ya Alim, Ya Khabir!

Sempena Hari Guru pada tahun ini,

Kami memohon ke hadrat mu Ya Allah,

          Berkatilah segala usaha guru-guru kami,

          ganjarilah pengorbanan dan susah payah mereka mendidik kami,

                   sebagaimana ganjaran yang engkau kurniakan

                   kepada para rasul dan para nabi.

 

Ya Allah! Ya Qahhar, Ya Jabbar!

Kurniakanlah petunjuk kepada guru-guru kami,

          agar mereka sentiasa berdedikasi dan tinggi integriti.

Kurniakanlah kekuatan kepada guru-guru kami,

          agar mereka dapat menangani segala karenah kami.

Kurniakanlah jua Ya Allah, kesatuan kepada guru-guru kami,

          agar mereka sepakat bekerja dan bersatu hati.

 

Seterusnya ya Allah!

Jadikanlah mereka guru-guru yang berinovasi sentiasa,

bagi melonjakkan transformasi pendidikan negara kami yang tercinta,

Selaras dengan tema yang disambut bersama,

          iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

 

 

 

(Dibaca selepas bacaan Yasin hari Jumaat 11 Mei 2012)

Dah sempurna baru nak berdakwah?


Bismillahi walhamdulillah.

Suatu pagi saya mendengar radio ikim.fm, temubual dengan Sham Kamikaze. Beliau adalah bebas penyanyi kumpulan rock, tapi dah kembali ke pangkal jalan. Banyak perkara beliau kongsikan. Antara isu yang dibincangkan adalah ungkapan, “diapun tak betul, nak dakwah orang!” Teruskan membaca

%d bloggers like this: