Seronoknya kalau faham Al-Quran

Bismillahi walhamdulillah…

Anak bongsu saya, Zahid baru berusia 1 bulan 3 hari. Sejak dari kelahirannya saya hilang tumpuan untuk menulis. Sebenarnya banyak perkara yang hendak dikongsikan. Insya Allah, sampai masa akan saya kongsikan jua.

Suatu petang saya balik dari sekolah awal dari biasa untuk menghantar isteri ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), kerana beliau mengadu sakit perut. Kami sampai di sana pukul 4.30 petang dan selesai urusan dengan doktor pada jam 9.00 malam. Dari petang membawa ke malam! Bermula dengan mendaftar, ambil darah, uji air kencing, xray dan scan. Dari berjumpa pegawai perubatan, doktor pakar sampailah perunding. Pastinya pelbagai perasaan menghantui fikiran dan perasaan saya.

Namun perasaan tersebut terubat apabila saya mendirikan solat maghrib di Surau Ar-Rayyan berimamkan seorang yang saya kenali. Takdir Allah untuk saya menjadi makmum. Kemerduan suaranya tidak dinafikan, tetapi ayat-ayat yang dibacanya semasa mengimamkan solat sungguh bermakna dan memberi kekuatan. Beliau membaca ayat-ayat dari surah Al-Baqarah, antaranya ayat 152 dan 153;

فاذكرونى أذكركم واشكروا لى ولا تكفرون

yang bermaksud; maka hendaklah kamu ingat kepadaku, nescaya aku ingat kepada kamu. Dan janganlah kamu mengingkari nikmatku…

يأيها الين ءامنوا استعينوا بالصبر والصلوة إن الله مع الصبرين

Wahai orang-orang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

Ayat-ayat yang dibaca sungguh menginsafkan saya. Saya bersyukur kerana faham maksud ayat-ayat yang dibaca. Ketika itu, maksud zahir ayat terus menyentuh hati saya. Betapa perlunya saya dan isteri pada saat itu sentiasa ingat dan berzikir kepada Allah. Doktor dan ubat hanyalah sebab dan alat, tetapi penyembuh sebenar adalah Allah Taala. Orang yang Allah bersamanya pasti tidak akan gundah gelana.

Jika tidak diuji dengan penantian yang lama dan sakit yang menimpa, pasti ayat tadi sekadar teori dan kurang memberikan kesan. Benarlah kenyataan, bahawa Al-Quran hanya dinikmati dan dihayati oleh orang-orang yang hidup bersama Al-Quran, oleh orang yang menjadikan Al-Quran panduan dan pegangan hidupnya.

Bayangkanlah bagaiman halnya kalau kita jarang membawa Al-Quran. Lebih-lebih lagi jika kita tidak faham apa yang dibaca!

Ya Allah! Bantulah kami untuk membaca, memahami dan menghayati ayat-ayat mu…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: