Dah sempurna baru nak berdakwah?

Bismillahi walhamdulillah.

Suatu pagi saya mendengar radio ikim.fm, temubual dengan Sham Kamikaze. Beliau adalah bebas penyanyi kumpulan rock, tapi dah kembali ke pangkal jalan. Banyak perkara beliau kongsikan. Antara isu yang dibincangkan adalah ungkapan, “diapun tak betul, nak dakwah orang!”

Biasa kita dengar orang cakap;

  1. Baru ikut kumpulan dakwah, dah nak berdakwah kat kita orang!
  2. Saya sendiri banyak kekurangan, malu nak ajak orang.
  3. Cermin la diri tu dulu, dah perfect ke?

Sebenarnya ajak orang buat baik, larang orang buat kejahatan adalah amalan paling mulia. Bahkan itulah tugas para nabi dan rasul, iaitu berdakwah. Maka, sebarang aktiviti yang berbentuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran wajar dilaksanakan ikut kemampuan dan disokong. Jangan sekali ditentang…

Juga, kalaulah belum sempurna jadi alasan tak nak berdakwah. Cuba tanya diri, bila kita akan sempurna? Jawabnya, sampai kiamatpun tak akan sempurna. Sebab, yang sempurna hanyalah para nabi, kerana mereka maksum!

Cuba lihat teladan di sebalik kisah ini. Ada dua orang peminum arak, yang pertama menegah rakannya. Manakala yang kedua hanya tenggelam dengan arak. Orang pertama mendapat satu dosa, iaitu minum arak. Sedangkan orang kedua mendapat dua dosa, iaitu minum arak dan tidak menegah rakannya minum arak!

Sesungguhnya kewajipan mencegah kemungkaran terus terpakai ke atas setiap muslim. Jangan kita terkeliru dengan adab berdakwah, iaitu hendaklah pendakwah mengotakan kata-katanya. Adab itu diperlukan demi keberkesanan dakwah, kerana jika ‘cakap tidak serupa bikin’ dakwah kurang berkesan. Tetapi bukannya lesen menggugurkan kewajipan berdakwah.

Kepada orang yang ditegur, terima dan dengarlah nasihat itu. Jangan sombong terhadap kebenaran. Terimalah kebenaran, walaupun datangnya dari  musuh kita!

Justeru, berdakwahlah dari sekarang, secara kecil-kecilan! Sebarkanlah kebaikan, walaupun kecil. Tegur dan cegahlah kemungkaran walaupun nampak remeh. Insya Allah, kelak kita akan mampu berkecimpung dalam medan dakwah yang lebih besar dan mencapai kesempurnaan yang diharapkan.

Jom kita perbaiki diri, dalam masa yang sama ajak orang lain!

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: