Wanginya buah kuini!

Bismillah walhamdulillah.

Baru-baru ini saya dan anak-anak membantu emak di kampung mengemas belakang rumah. Sambil itu sempat mengutip buah kuini yang gugur. Pernah tengok buah kuini?

image

Sejenis mangga, kulit hijau, isi kuning dan halus. Cuma beza ketara pada baunya yang wangi!

I

image

Inilah rupanya bila dikupas. Sungguh menyelerakan! Tapi…

image

Jangan terpedaya… Rupa dan bau tidak menggambarkan hakikat isinya!!

Apakah pengajarannya?

1. Rupa paras dan fizikal yang menarik tidak menjamin kualiti diri seseorang. Sama ada dia seorang pegawai, mahu pun murid sekolah. Biasanya penampilan fizikallah yang menjadi tumpuan utama.

2. Pembinaan generasi bukanlah setakat memastikan mereka hidup sihat bertenaga. Tetapi, ruh dan mental mereka juga perlu turut digilap.

3. Jangan cepat menghukum orang yang perawakan atau penampilannya kurang kemas. Mungkin dia lebih hebat dari yang lain.

Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: