Tazkirah Ramadhan 08

Kuliah Subuh Ramadhan

image

Dikongsikan catatan kuliah subuh yang saya hadiri.

1. Allah tabur rahmat yang pelbagai dalam bulan Ramadhan. Sewajarnya kita berusaha mengutipnya. Pernah berlaku, ramai pengguna lebuhraya sanggup menyabung nyawa demi mengutip duit syiling yang bertaburan di atas jalan!

2. Inilah satu-satunya bulan yang umat Islam prihatin dengan waktu solat, maghrib khususnya.

3. Al-Bukhari meriwayatkan; “Siapa puasa Ramadhan penuh keimanan dan pengharapan diampunkan dosanya yang lalu.” Huraian ringkas hadis;
o Ibnu Hajar menjelaskan maksud ‘penuh keimanan’ sebagai kita yakin bahawa kita berpuasa berdasarkan yakin ia adalah arahan Allah.
o Al-Khattabi menjelaskan ‘pengharapan’ sebagai mengharapkan pahala yang baik dari Allah
o Puasa adalah antara penyebab kepada dosa diampun. Maksud ‘dosa’ ialah dosa-dosa kecil sahaja dan yang tidak berkaitan dengan manusia.

4. Dalam hidup kita, tiada lagi yang kita harap selain dari bersih dari dosa. Maka berusahalah bersungguh-sungguh agar puasa kita diterima Allah.

5. Puasa adalah ibadah salbiah, kerana tidak melibatkan orang lain. Hanya antara kita dengan Allah sahaja. Sebab itu Allah nyatakan; puasa itu untukku.

6. Sedarlah kita sekarang dalam bulan yang agung. Allah pandang kita dengan penuh redha dan rahmat.

7. Ganjaran puasa yang sempurna adalah takwa. Dan takwa merupakan sebai-baik bekalan bagi seorang muslim. Ibnu Masud menjelaskan maksud takwa sebagai;
o Mentaati Allah, jangan derhaka
o Mengingati Allah, jangan lupa
o Mensyukuri  nikmat Allah, jangan kufur,

Wallahu a’lam.

Catatan dari Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Wan Nahar bin Othman di Masjid An Naim, Klang (28 Julai 2012)

Posted from WordPress for Android

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: