Mujur ada hari raya!


Alhamdulillah, raya dah seminggu berlalu. Amalan ziarah dan sedekah serta bermaaf-maafan menghiasi catatan amal sepanjang Syawal. Biasa juga kita dengar orang kata, nasib baik ada raya! Antara kebaikan berhari raya;

1. Dapat bermesra dengan saudara lama yang baru dikenali. Itupun kalau kita jenis peramah dan tak sombong. Nama aje sepupu, bapa saudara dll, tapi baru kenal dan masa raya ni lah dapat bersembang.
Dengan adanya hari raya, adalah alasan untuk berziarah dan bertanya khabar. Sebenarnya, di sinilah letaknya peranan orang tua untuk memperkenalkan anak-anak dengan saudara mara.

image

Ipar... mesra bersembang.

Teruskan membaca

Ziarah raya; yang tua dihormati.


Antara tradisi menarik sempena raya di Jalan Kebun, Klang adalah ziarah pemuda ke rumah orang-orang tua. Atau lebih dikenali sebagai baraan. Dari mula saya menjadi ahli qaryah, hinggalah sekarang baraan masih berjalan.

Teruskan membaca

Tiket untuk solat aidil fitri!


Esok, insya Allah kita akan berhari raya. Saat yang dinantikan seluruh muslimin. Betapa tidak- baju melayu, samping, songkok, butang dan sandal telah siap. Khusus untuk dipakai di pagi raya. Begitu bersemangat untuk merayakan aidil fitri.

Namun, jangan lupa! Tiket untuk solat raya tu dah ada ke? Ya, tiket yang melayakkan kita sama-sama berjamaah dengan orang lain. Jangan sampai orang pandang serong. “tak malu! Tak ada tiket, tapi datang jugak! Gaya lebih hebat pulak tu dari orang yang ada tiket!”

Apa dia? Mana nak dapat? Berapa ringgit? Mudah sahaja, tunaikan solat subuh pagi tu secara berjamaah di masjid atau surau, dapatlah tiketnya! Mudah… Tapi tidak semua orang mampu memilikinya!

Ingatlah! Solat subuh tu wajib, sedangkan solat raya hanya sunat. Subuh berjamaah juga lebih berat tuntutannya berbanding solat raya. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Khusus buat kaum lelaki, isteri dan ibu- yang ada suami dan anak bujang…

“semoga Allah terima semua amalan kita…”
Selamat menyambut aidil fitri, maaf zahir dan batin.

Wassalam.

Posted from WordPress for Android

Ihya’ Ramadhan SMRA Rantau 1433H


Alhamdulillah, dengan limpah kurnia. Allah, sekolah saya berjaya melaksanakan Program Ihya’ Ramadhan pada tahun ini.
Program bertujuan meningkatkan penghayatan murid dan guru terhadap amalan sunat sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak.
-Tadarus….

image

Tadarus al-Quran

image

– Iktikaf…

image

image

– Khatam al-Quran

image

– Iftar jamaie

image

image

– Tarawih

image

– Sumbangan anak yatim/ miskin

image

– Al-ma’thurat…

image

– Ceramah…

image

Posted from WordPress for Android

Iftar Amal Untuk Palestin


Peluang sedekah jariah, untuk saudara kita di Gaza.

Tarikh: 12 Ogos 2012 (Ahad) di Klana Resort Hotel, Seremban.

Objektif: Membeli sistem penapis air dan inkubator bayi di Gaza
Imej

Pakej Individu: RM100

Pakej Kumpulan: Dari RM3,000 Teruskan membaca

%d bloggers like this: