Tiket untuk solat aidil fitri!

Esok, insya Allah kita akan berhari raya. Saat yang dinantikan seluruh muslimin. Betapa tidak- baju melayu, samping, songkok, butang dan sandal telah siap. Khusus untuk dipakai di pagi raya. Begitu bersemangat untuk merayakan aidil fitri.

Namun, jangan lupa! Tiket untuk solat raya tu dah ada ke? Ya, tiket yang melayakkan kita sama-sama berjamaah dengan orang lain. Jangan sampai orang pandang serong. “tak malu! Tak ada tiket, tapi datang jugak! Gaya lebih hebat pulak tu dari orang yang ada tiket!”

Apa dia? Mana nak dapat? Berapa ringgit? Mudah sahaja, tunaikan solat subuh pagi tu secara berjamaah di masjid atau surau, dapatlah tiketnya! Mudah… Tapi tidak semua orang mampu memilikinya!

Ingatlah! Solat subuh tu wajib, sedangkan solat raya hanya sunat. Subuh berjamaah juga lebih berat tuntutannya berbanding solat raya. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Khusus buat kaum lelaki, isteri dan ibu- yang ada suami dan anak bujang…

“semoga Allah terima semua amalan kita…”
Selamat menyambut aidil fitri, maaf zahir dan batin.

Wassalam.

Posted from WordPress for Android

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: