Ziarah raya; yang tua dihormati.

Antara tradisi menarik sempena raya di Jalan Kebun, Klang adalah ziarah pemuda ke rumah orang-orang tua. Atau lebih dikenali sebagai baraan. Dari mula saya menjadi ahli qaryah, hinggalah sekarang baraan masih berjalan.

Petang tadi sempat menyambut lebih kurang tiga puluh orang pemuda Qaryah Tengah ke rumah Abah. Ziarah dimulai dengan selawat, disusuli dengan ucapan oleh ketua rombongan.

image

Kemudian tuan rumah memberi ucapan balas dan nasihat kepada para pemuda yang berkunjung. Seterusnya mereka menikmati juadah yang disediakan sebelum bersalaman untuk bersurai menuju rumah warga tua yang lain. Manis sekali suasana tersebut…

image

Sesungguhnya tradisi ini amat baik diteruskan. Ada beberapa tempat tradisi ini sudah lama ditinggalkan, lantaran tiada galakan dari golongan tua sendiri, atau kurang inisiatif dari pemudanya.

Apakah kebaikan baraan? Fikirkanlah sendiri!

Wassalam.

Posted from WordPress for Android

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: