Mujur ada hari raya!

Alhamdulillah, raya dah seminggu berlalu. Amalan ziarah dan sedekah serta bermaaf-maafan menghiasi catatan amal sepanjang Syawal. Biasa juga kita dengar orang kata, nasib baik ada raya! Antara kebaikan berhari raya;

1. Dapat bermesra dengan saudara lama yang baru dikenali. Itupun kalau kita jenis peramah dan tak sombong. Nama aje sepupu, bapa saudara dll, tapi baru kenal dan masa raya ni lah dapat bersembang.
Dengan adanya hari raya, adalah alasan untuk berziarah dan bertanya khabar. Sebenarnya, di sinilah letaknya peranan orang tua untuk memperkenalkan anak-anak dengan saudara mara.

image

Ipar... mesra bersembang.

2. Dapat membuang sawang kat siling, habuk celah almari, ‘sampah’ yang sengaja disimpan! Tak sangka rupanya bawah karpet ada pasir halus, kat setor ada banyak benda yang mesti dibuang- kasut buruk,karpet lapuk, kayu katil, part kereta yang rosak dsb.

image

Papan katil yang dimanfaatkan.

3. Dapat mengasah bakat memasak yang kian tumpul! Maklum aje, mak mertua, adik-adik ipar, anak-anak buah, sepupu… Semua nak datang! Tak kan semua juadah nak dibeli. Nak tak nak, bersilatlah kat dapur sediakan makanan. Siap jugak!

4. Dapat dimanfaatkan pinggan mangkuk yang mahal tu! Pakai setahun dua tiga kali aje, takut pecah! Mujur ada raya, merasalah suami dan anak-anak makan guna pinggan Made in France, Made in England dll.

Mungkin ada kebaikan lain, silakan…

Wassalam.

Posted from WordPress for Android

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: