Jamuan Pengawas Sesi 2011/2012


Oktober 19, Jumaat: Badan Pengawas SMRA RAntau berjaya menganjurkan jamuan bagi meraikan pengawas tingkatan tiga dan lima yang telah berbakti kepada pihak sekolah. Biarpun tidak ‘grand’ di hotel lima bintang dan tanpa hadiah iringan yang gah, namun memadai sebagai simbol penghargaan dari pihak sekolah.

Semoga segala jasa bakti mereka diberi sebaik-baik ganjaran oleh Allah Taala…

Lagi banyak, lagi susah!


image

Pernah pilih minyak wangi? Kalau tak kena cara, boleh pening dan mabuk!
Pengalaman saya memilih lembu korban baru-baru ini juga agak mencabar. Bukan sebab tak ada lembu, tapi terlalu banyak lembu. Dan semuanya hampir serupa. Ada yang gemuk tapi rendah.. Ada yang tinggi, tapi kurang gemuk!
Teruskan membaca

Sayangi diri sendiri


Alhamdulillah, saya sayang diri saya sendiri. Saya perlu berusaha dan buktikan. Ya Allah, bantulah hamba mu ini..

Untuk itu saya perlu pastikan semua perintah Allah saya laksanakan, larangannya saya tinggalkan. Jika tidak, kelak saya akan sengsara di dunia dan akhirat. Memang tak sayangkan diri!
Teruskan membaca

Agama itu nasihat


Bismillah walhamdullillah…
Saya tak tahan bila membaca posting seorang anak murid di Facebook yang agak jiwang, tak sesuai dengan umur baru lima belas tahun.

Sebagai contoh;
– Orang yang aku sayang adalah…
– aku sangat sayangkan kau…
– kau kan selalu di hatiku… dan lain-lain.

Sayangkan usia remajanya itu, saya kirim mesej berikut;
Salam. Ustaz harap …. fokus kepada pelajaran. Elakkan frasa-frasa yang tidak menguntungkan…
Dia membalas: Insya Allah ustaz.

Alhamdulillah, selepas itu dia berubah. Posting terbaru pun banyak dipetik dari hadis. Harap berkekalan…

Pengajaran
Jangan hanya menilai kekurangan orang, buat sesuatu agar dia sedar dan berubah.

Wallahualam.

Posted from WordPress for Android

Guru: Mengajar dan berdoalah!


Hasan Al-Banna pernah ditanya tentang rahsia keberkesanan dakwahnya. Beliau menjawab, “aku berdakwah kepada manusia pada siang hari, kemudian aku berdoa untuk mereka pada malam hari.” Ringkas sahaja jawapan beliau, tetapi terbukti kebenarannya.

Guru juga adalah seorang pendakwah.

Menyedarkan anak murid tentang kebenaran dan menuntut mereka melakukan perubahan tingkahlaku. Mengajar, mendidik dan berdakwah bukanlah sekadar satu sesi rasmi beberapa jam- habis cerita. Tetapi menuntut kepada kerja-kerja di sebalik tabir, yang menjadi rahsia kepada kejayaan. Teruskan membaca

Majlis Restu Ilmu – PMR 2012


Alhamdulillah, pagi 5 Oktober 2012 menyaksikan saat indah apabila anak-anak murid berbaris mengadap guru masing-masing memohon agar didoakan kejayaan mereka dalam peperiksaan yang bakal diduduki minggu hadapan.

image

Walaupun ada dari kalangan yang pernah dikasari, disakiti hatinya oleh anak murid namun dalam hati mereka tidak sedikitpun menaruh dendam.

image

Hasrat mereka cuma satu, agar mereka menjadi insan mulia, berguna kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta…

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Posted from WordPress for Android

%d bloggers like this: