Guru: Mengajar dan berdoalah!

Hasan Al-Banna pernah ditanya tentang rahsia keberkesanan dakwahnya. Beliau menjawab, “aku berdakwah kepada manusia pada siang hari, kemudian aku berdoa untuk mereka pada malam hari.” Ringkas sahaja jawapan beliau, tetapi terbukti kebenarannya.

Guru juga adalah seorang pendakwah.

Menyedarkan anak murid tentang kebenaran dan menuntut mereka melakukan perubahan tingkahlaku. Mengajar, mendidik dan berdakwah bukanlah sekadar satu sesi rasmi beberapa jam- habis cerita. Tetapi menuntut kepada kerja-kerja di sebalik tabir, yang menjadi rahsia kepada kejayaan.

Dari satu segi, kegagalan untuk mendoakan kesejahteraan mad’u atau anak  murid, adalah tanda lemahnya hubungan kita dengan Allah – iaitu kerap berdoa dan bermunajat kepada Allah! Nampak gaya, tugas seorang guru bukan sahaja di dalam kelas, dalam kawasan sekolah, bahkan apabila pulang ke rumah. Layak sangatlah mereka dimuliakan…

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: