Sayangi diri sendiri

Alhamdulillah, saya sayang diri saya sendiri. Saya perlu berusaha dan buktikan. Ya Allah, bantulah hamba mu ini..

Untuk itu saya perlu pastikan semua perintah Allah saya laksanakan, larangannya saya tinggalkan. Jika tidak, kelak saya akan sengsara di dunia dan akhirat. Memang tak sayangkan diri!
Untuk itu saya perlu pastikan isteri dan anak-anak saya turut taat perintah Allah, jika tidak saya akan dipersalahkan atas kelalaian. Saya juga akan tertekan dan menderita! Kesian diri saya!!

Untuk itu saya perlu menjaga hubungan baik dengan saudara mara, jiran, rakan dan sahabat seperjuangan. Apalah gunanya jika saya hebat berjaya, tapi orang keliling saya gagal kecewa! Tak sanggup rasanya!!

Untuk itu saya perlu menjaga kesihatan agar semua fungsi sabagai hamba Allah dapat dilaksanakan dan tercapai. Juga agar yang ringgit dan masa tidak terbuang.

Saya sayang diri saya sendiri, bagaimana dengan anda? Moga impian ini jadi kenyataan. Amin…

Posted from WordPress for Android

Satu Respons

  1. sy suka dgn post kmu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: