Lagi banyak, lagi susah!

image

Pernah pilih minyak wangi? Kalau tak kena cara, boleh pening dan mabuk!
Pengalaman saya memilih lembu korban baru-baru ini juga agak mencabar. Bukan sebab tak ada lembu, tapi terlalu banyak lembu. Dan semuanya hampir serupa. Ada yang gemuk tapi rendah.. Ada yang tinggi, tapi kurang gemuk!

image

Secara zahirnya, pilihlah yang tak nampak tulang punggung dan pehanya berisi. Jangan tengok perut. Sebab kalau lembu lapar, perut memang kempis!
Kalau dapat tuan lembu yang amanah lagi bagus. Seperti lembunya diberi makan rumput tanam, diberi minum dari sumber air yang ada bil serta selalu dimandikan!
Penjual lembu biasanya mengambil bekalan dari Thailand. Lembu yang melepasi kuarantin akan disuntik dengan ubat cacing dan diberi vitamin. Lepas sebulan baru boleh dijual untuk sembelih. Lembu pun lebih berisi dan ada harga!

Kembali kepada isu utama, susah nak pilih lembu walaupun banyak. Pengajarannya, untuk mendapat sesuatu yang memenuhi cita rasa dan kriteria yang ditetapkan bukanlah mudah. Terutama jika misi itu agung. Sebagai contoh, memilih orang yang paling sesuai menerajui misi dakwah dan tarbiah. Perlu teliti dan diperhalusi agar individu yang dipilih kelak bukan sahaja berpengetahuan, bahkan mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan tidak larut dengan suasana semasa.

Berapa ramai pendokong dakwah yang suatu masa dahulu hebat semasa di sekolah atau universiti. Tetapi, bila masuk alam perkahwinan atau alam pekerjaan menjadi tumpul bakat dan kehebatannya atau larut… Lebih malang lagi, menjadi penghalang kepada dakwah dan tarbiah!!
Betullah perumpamaan Arab, “manusia itu umpama seratus unta, hampir tiada yang sesuai dibuat tunggangan!”

Saya pernah mendengar keluhan; “dulu masa tak ramai, semua program berjalan lancar. Tapi sekarang dah ramai, tambah susah pulak!” Mana silapnya tu?

Wallahualam.

Posted from WordPress for Android

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: