Mulakan dengan diri sendiri!


image

Ini kartun Mesir. Dalam kartun di atas ada empat watak iaitu orang pertama hingga keempat. Bermula dengan orang pertama, dia yang mula-mula membuang sampah. Kemudian diikuti oleh orang kedua, ketiga dan keempat, sehingga sampah makin banyak.

Akhirnya orang pertama lalu semula di tempatkan yang sama, dia mengeluh; Negara ni sampai bila-bila pun tak akan bersih!!

Pengajaran: MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI

Posted from WordPress for Android


Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu 2013 di SMRA Rantau


Khusus buat lepasan UPSR sekitar Kuala Sawah, Rantau NSDK.

Imej

Pendapat, tenaga dan doa.


Dalam usaha meraih ganjaran dari Allah, ada banyak cara boleh kita lakukan. Sesuai dengan kepelbagaian kemampuan dan keterbatasan manusia. Demikianlah indah dan adilnya agama Islam. Tidak kira apa dan bagaimana kondisi kita, kita masih berpeluang untuk beramal. Semuanya bergantung kepada ilmu dan kita sendiri.
Teruskan membaca

Jamuan Akhir Tahun 2012 SMRA Rantau


Untuk meningkatkan keakraban dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan SMRA Rantau

Imej

Alhamdulillah, dengan izin Allah majlis berjalan lancar dan para hadirin nampaknya berpuas hati. Masing-masing pulang dengan hadiah cabutan bertuah, sekurang-kurangnya dua hadiah. Terima kasih atas sokongan semua staf SMRA Rantau, sama ada sumbangan idea, tenaga, wang ringgit dan sebagainya. Tanpa kerja sama mereka, pastinya majlis tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya sebagai Pengerusi Kelab Staf hanya mampu mengucapkan; Jazakumullahu khairal jaza’….

Aktiviti Musim Cuti


Untuk anak-anak berumur 9-12 tahun.

Dah ada cadangan aktiviti untuk anak-anak anda pada musim cuti sekolah nanti? Jika belum, saya cadangkan ikut program ini;

ImejHubungi; Nurul 017-650 6578 / Siti 017-6302423

%d bloggers like this: