Pendapat, tenaga dan doa.

Dalam usaha meraih ganjaran dari Allah, ada banyak cara boleh kita lakukan. Sesuai dengan kepelbagaian kemampuan dan keterbatasan manusia. Demikianlah indah dan adilnya agama Islam. Tidak kira apa dan bagaimana kondisi kita, kita masih berpeluang untuk beramal. Semuanya bergantung kepada ilmu dan kita sendiri.

Sebagai contoh, suatu projek yang besar bermula dengan cetusan idea. Cetusan idea tidak semestinya datang dari orang yang hebat, berpendidikan tinggi atau lanjut usia. Mungkin dengan sedikit lintasan, sedikit pemerhatian atau tumpuan dapat mengeluarkan idea yang bernas. Maka dikemukakanlah idea tadi kepada orang yang menilai dan melaksanakannya. Jika diterima, Astaghfirullah…. Jika ditolak, Alhamdulillah sekurang-kurangya kita telah mencadangkan sesuatu untuk perubahan atau penambahbaikan. Tetap mendapat ganjaran dari Allah Taala.

Ada orang ditakdirkan Allah menjadi pekerja yang setia atau pelaksana yang amanah. Lantas bila diarahkan, terus buat dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Kadangkala pelaksanaannya berbentuk tenaga, mengorbankan masa, bahkan adakalanya melibatkan wang ringgit. Orang ini, pasti mendapat ganjaran dari Allah jua.

Seterusnya, ada orang yang terlepas peluang pertama dan kedua tadi. Namun dia masih berpeluang mendapat pahala. Mungkin dia bukan dari kalangan pemikir atau tuan punya idea. Bukan juga dari kalangan orang yang sempat atau mampu untuk turut gertakan fasa pelaksanaan. Semuanya terlepas! Namun dia masih berpeluang untuk mendoakan agar projek tadi berjalan lancar, tanpa sebarang masalah. Diapun tetap dapat pahala…

Kita di mana?
Beruntunglah jika kita berada pada salah satu dari tiga kategori di atas. Jangan tinggalkan kategori ketiga, kerana hanya konco syaitan sahaja yang mahukan aktiviti kebaikan tergendala. Para pemimpin perlu lebih kepada kategori pertama, kerana merekalah yang menentukan hala tuju organisasi dipimpinnya. Tidak dinafikan mereka boleh berbincang dengan anak buah atau orang bawahan untuk menjana idea bersama.

Mungkin sahaja pelaksana dalam kategori kedua, semasa menjalankan tugasnya mencadangkan sesuatu yang tidak terlintas oleh tuan punya idea asal. Ketika ini, idea penambahbaikan dari jentera pelaksana amat dialu-alukan.

Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah semua orang mampu untuk memberi saham dalam menjayakan sesuatu aktiviti, projek, program dan sebagainya. Tidak kira berbentuk kemasyarakatan, pendidikan, dakwah maupun keselamatan.

Malangnya ada dari kalangan masyarakat kita, langsung tidak termasuk dalam salah satu dari tiga kategori ini. Semua idea orang lain dicantas dan dibantah, memaksa ideanya ketepikan pakai!
Bukan setakat itu, dia tidak pula mengemukakan cadangan ganti. Akhirnya keadaan jadi porak peranda!

Posted from WordPress for Android

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: