Solat tanpa kopiah.

Bismillahi walhamdulillah.

Sebagai respon kepada soalan seorang rakan, saya kongsikan.

Imej

Gambar hiasan.

Teks asal, “Xde adab betul solat xpakai kopiah. Mcmni ke nak jmpa tuhan. Boleh jatuh fasik”

Saya akan jawab secara spontan tanpa merujuk dan sebut nama kitab dsb. Anggaplah ini perbincangan dengan orang awam, bukannya ahli akademik.

1. DARI SUDUT AKIDAH, tidak wajar kita menyamakan Allah dengan manusia. Contoh kita kata, “kalau nak jumpa agung pun kita pakai smart ikut protokol, inikan pula jumpa Allah!” Ingat Allah tidak sama sekali sama dengan makhluk. Allah tidak berkira macam kita, Allah tidak hebohkan keburukan macam kita, Allah menilai kehambaan kita berbanding manusia yang hanya menilai zahir dsb.

2. DARI SUDUT FIQH, tidak kita jumpa pun syarat sah solat mesti menutup kepala. Yang penting kita sempurnakan tiga belas rukun, penuhi syarat sah solat dan jauhi perkara yang boleh membatalkan solat.

3. DARI SUDUT TASAUF, setelah kita tuluskan ibadah kerana Allah, setelah kita sempurnakan dari sudut fiqh tadi, maka amalan hati lebih diutamakan seperti khusyuk, takut amalan tidak diterima, amat harapkan rahmat Allah dsb. Apalah gunanya kopiah serban jika solat tidak khusyuk. Apalah gunanya jubah dan janggut jika ada riya’, ‘ujub dan sum’ah.

4. DARI SUDUT DAKWAH, keutamaan diberi kepada perkara pokok sebelum perkara cabang. Kita usahakan biar orang solat lima waktu sebelum mereka terlalu asyik dengan dhuha dan tahajjud. Kita kempen biar remaja solat lima waktu, tanpa mengira apa yang mereka pakai- jeans atau tshirt, asalkan mentutup aurat dan suci dari najis. Mereka akan lihat Islam itu mudah.

5. DARI SUDUT MARUAH, seorang itu dikira tidak adil jika dia orang yang tinggi kedudukan dalam masyarakat, seperti para mufti dan ulamak besar. Itupun hanya untuk orang macam mereka sahaja, macam kita ni… jauh lagi!

6. DARI SUDUT TAKRIF, fasiq ialah orang yang melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil. Seperti orang yang minum arak dan berjudi tanpa bertaubat kepada Allah atau selalu pakai seluar yang kena najis (dosa kecil tu!)

Sebenarnya orang lelaki dalam semua keadaan lebih ‘beradab’ jika menutup kepala. Bukan semasa solat sahaja. Sebab itu jarang kita lihat orang-orang alim tidak berkopiah dsb. Biarpun saya sendiri jarang memakai songkok atau kopiah. Hakikat ini perlu diakui oleh semua lelaki. Begitu juga sunnah nabi yang lain. Kalau tak nak buat, diam sahaja, jangan larang orang lain

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: