Kisah Pelayar Kapal Selam

Bismillahi walhamdulillah.kapal selam1

Hasil perbualan dengan dua orang sahabat pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia barulah saya tahu bahawa hidup dalam kapal selam sangat menyeksakan. Sudahlah ruang dalamnya sempit, tidak boleh buat bising pula. Biasanya kalau tak cukup tinggi, tak layak masuk askar. Tapi lain halnya dengan pelayar kapal selam, yang pendek boleh diterima! Dari segi elaun pula, mereka menerima lebih banyak berbanding askar lain, bahkan elaun mereka mengatasi elaun komando! Paling menarik, selepas belayar dalam kapal selam sebulan dua, mereka perlu di’kuarantin’  terlebih dahulu sebelum dibenar pulang bertemu sanak keluarga. Kenapa? Untuk meneutralkan sengsara yang mereka hadapi sepanjang ‘bertugas dalam kurungan’. Jika tidak, mereka akan terbawa-bawa perangai dalam laut ke atas daratan.

Itu baru sebulan dua di dalam kapal selam, bayangkanlah suasana yang dilalui oleh seseorang sepanjang dua puluh atau tiga puluh tahun. Pasti sekali amat mendalam kesannya dalam kehidupan. Cara berfikir, cara bercakap, cara bergaul, cara menangani masalah dan sebagainya.

Maka tidak pelik jika seorang yang dibesarkan dalam suasana politik dan diasak setiap hari dengan kebencian kepada parti lawan akan memandang semua perkara dari  sudut politik. Juga akan menidakkan apa sahaja yang datang dari pihak lawan, tanpa menilai terlebih dahulu.

Sebaliknya, jika individu begini diseimbangkan dengan ilmu dan dikelilingi dengan rakan yang menasihati, pasti ketaksuban tidak menyelubungi hidupnya.

Kepada para pendakwah, kenalilah latar belakang sasaran dakwah anda, di situ ada kelebihan dalam mengesani mereka. Bercakap dengan penoreh getah tidak sama dengan guru. Berbincang dengan aktivis badan kebajikan tidak sama dengan penyokong parti politik.

Mungkin ini juga yang disarankan oleh Imam Hasan Al-Banna di dalam usrah agar setiap ahli mengenali anggota usrahnya secara mendalam. Bermula dengan kaum keluarga, latar belakang pendidikan dan pengalaman pahit manis yang dilalui. Barulah kekuatan dapat dibina selaras dengan kepelbagaian ahli usrah tersebut.

Berusahalah juga mengenali latar belakang orang-orang keliling kita dan terimalah mereka seadanya. Kisah pelayar kapal selam memberi pengajaran yang mendalam…

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: