Sunnah Nabi SAW

sunnah nabi

Banyak sungguh sunnah nabi SAW. Tapi, intipati pada risalah baginda adalah “menyeru kebaikan dan menegah kemungkaran”- berdakwah…

Janganlah hendaknya kita terkeliru dengan memperjuangkan janggut dan serban, sugi dan jubah, qunut dan zikir… Berdebat berhujah tentang pensyariatan dan kelebihan, memandang rendah kepada yang meninggalkan sunnah-  sehingga perjuangan baginda menegakkan kalimah Allah dipinggirkan.

Sempena sambutan maulidur rasul SAW, banyak aktiviti dianjurkan oleh pelbagai pihak. Ceramah, forum, seminar, perarakan dan sebagainya sempena peristiwa agung ini dan sebagai tanda cinta kepada baginda SAW. Diharapkan kecintaan ini tidaklah bermusim.

Saranan saya, milikilah kitab hadis dan syarahnya, milikilah kitab sirah dan fiqhnya. Baca dan hayati. Atau, hadirilah majlis ilmu membincangkan hadis-hadis nabi atau sirah perjuangan baginda SAW. Jadikan ia aktiviti mingguan atau bulanan, tidak kurang afdhalnya daripada ceramah dan perarakan yang sekali setahun tu…

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: