Bahaya Syiah

Saya kongsikan catatan Temubual Khas bersama Maulana Mohd. Asri Yusuf (Disiarkan dalam rancangan ikimfm, 28 Januari 2013)

Syiah bermula sejak perpecahan dalam kalangan sahabat dipelopori oleh Abdullah bin Saba’. Beliau adalah antara kepala utama menyebarkan fahaman Syiah. Walaupun Syiah sekarang menafikannya. Antara ajaran Abdullah adalah Saidina Ali bukanlah seorang manusia tetapi jelmaan tuhan di bumi. Oleh itu bila Ali mati dibunuh, dia tidak percaya. Bahkan berkata, kalau kamu bawa otak Ali sekalipun aku tidak akan percaya. Kerana dia Allah, dia tuhan! Ajaran ini diterima oleh Syiah. Ada unsur menuhankan Saidina Ali.

Dia juga mula-mula mengajar tentang mengkafirkan pasa sahabat. Mula perkenalkan konsep Wilayah iaitu kononnya nabi SAW berwasiat supaya Ali menjadi khalifah dan diwarisi oleh dua belas imam selepas beliau (Imamah 12). Menurut Syiah imam-imam adalah maksum dan wajib dipatuhi!  Konsep al-walayah dan menuduh para sahabat menyelewengkan ajaran Islam.

RAJ’AH

Fahaman raj’ah iaitu ada hari kebangkitan sebelum kiamat lagi. Pada pandangan mereka sahabat-sahabat besar akan dibangkitkan selepas imam Mahdi muncul. Imam Mahdi akan bongkar kubur-kubur mereka kelak.

Ibnu Saba’ adalah Yahudi. Fahaman Rafidah ini adalah gabungan tiga agama yang dendam dengan Islam dan dinamakan Syiah Sabaieyah. Walaupun Syiah sekarang mengaku mereka sederhana, termasuk Syiah imam 12, atau Syiah Jaafariah semuanya adalah sama, Cuma berbeza pada nama. Walaupun mereka nafikan, tiada gunanya.

AKIDAH

Contoh, kalau ditimpa musibah mereka minta tolong pada Ali; Ya Ali, madad. Perkara ini tidak pelik, kerana Syiah anggap Ali ada unsur ketuhanan.

Mereka juga menamakan anak-anak mereka dengan Abdul Husain, iaitu Hamba Husain bukan Abdullah, Abdul Rahman dsb yang selalu kita amalkan.

Orang yang baru terjebak dengan Syiah tidak akan didedahkan dengan penyelewangan ini. Mereka mendakwa kononnya Imam-imam tahu perkara ghaib, tahu bilangan pasir, tahu yang sudah dan kemudian, tahu ahli syurga neraka. Semua ini ada dalam kitab Syiah. Tapi peringkat awal tidak didedahkan, kecuali selepas beberapa lama baru didedahkan kepada ahli.

IMAMAH

Iaitu perlantikan imam dua belas. Inilah yang disebarkan dalam masyarakat kita. Mereka mendakwa kononnya para imam ada sifat seorang rasul iaitu dapat wahyu. Khomeini sendiri pernah berkata bahawa para imam melebihi para nabi dan malaikat. Maksum mereka lebih dari nabi. Contohnya seperti kadangkala nabi-nabi sendiri lupa. Tapi imam tidak lupa sebab maksum! Khomeini kata, kononnya semua imam tidak dapat kita gambarkan mereka tersalah atau terlupa. Ajaran ini diperkenalkan oleh Ibnu Saba’

TAKFIR SAHABAT

Syiah mendakwa mereka adalah orang yang paling jahat.  Syiah sekarang juga percaya begitu. Bahkan dicatatkan salam kitab Syiah, kononnya Iblis terkejut melihat Abu Bakar dan Omar disiksa lebih dahsyat disiksa dari Iblis sendiri. Mereka juga termasuk dalam sahabat yang murtad. Yang tidak murtad dalam kalangan sahabat hanya tiga orang  sahaja iaitu Salman, Abu Zar dan Miqdad.

Syiah jadian atau yang baru kenal menafikan kewujudan ini. Tapi Syiah yang lama tahu. Mereka berselindung di sebalik taqiyah.

APA TUJUAN MEREKA?

Nabi mengajak kepada ajaran tauhid, berbanding Syiah yang mengajak syirik. Nabi bawa Islam dan menyempurnakannya lagi jelas. Tapi Syiah kata belum sempurna lagi, ada lagi imam dua belas, ada lagi wahyu dan syariat. Hakikatnya mereka mahu menukar nubuwah dengan imamah.

Bila diterima sahabat kafir dan zalim bermakna kita tidak boleh yakin lagi dengan al-Quran dan sunnah yang hanya diterima melalui sahabat. Kalau sahabat jahat, bagaimana kita boleh percaya. Mereka cuba hapuskan asas al-Quran dan Sunnah. Syiah juga ada kitab dan hadis sendiri.

Raj’ah untuk menafikan kebangkitan selepas mati. Sebaliknya mereka nak terap konsep kebangkitan sebelum mati lagi. Taqiyah pula adalah dusta semata-mata. Dengan mut’ah mereka hendak memporak perandakan keluarga Islam seterusnya rosaklah masyarakat. Maka jangan biarkan ajaran ini berleluasa.

SOALAN

1. Apa pandangan Syiah tentang sejarah Islam seperti peristiwa israk mikraj.

Jawab: Pada Syiah, kalau nabi naik mereka tak percaya. Tapi kalau imam mereka naik, berpuluh kalipun mereka percaya! Sebenarnya ajaran ini disembunyikan seketika menunggu masa.

Wahabi berbeza dengan Syiah. Syiah paling memusuhi wahabi, sebab mereka golongan ahlus sunnah yang menentang kesesatan Syiah. Sebab itu Syiah amat tentang wahabi. Seperti Abu Hanifah mereka gelar Nasibi iaitu kelompok yang benci dengan keluarga nabi. Zaman sekarang dikaitkan dengan Wahabi pula. Merekalah yang menonjolkan Wahabi.

2. Macam mana nak kenal Syiah. Luaran mereka sama?

Jawab: Banyak cara. Namun mungkin dalam keadaan tertentu mereka akan bertaqiyah. Kalau rapat dengan mereka kita akan lihat, seperti semasa sujud dalam solat mereka guna batu Karbala’ seperti diamalkan Syiah Imam Dua Belas. Sebenarnya Syiah berpecah lebih daripada tiga ratus puak.

Semasa wuduk mereka tak basuh kaki, hanya sapu sahaja. Mereka solat secara jamak tanpa uzur, bahkan sampai peringkat tak solat langsung. Mereka tidak makan ikan yang tidak bersisik, haram.

3. Apakah tindakan kerajaan. Kat kampung saya ada yang terpengaruh dengan Syiah. Terbitkan buku bahaya Syiah. Saya pertama kali dengar, berdiri bulu roma saya. Fahaman ini sedang berleluasa bimbang menular kepada generasi.

Ada juga risalah Syiah disebarkan.

Jawab: Kerajaan dah bertindak lebih sepuluh tahun dahulu. Ini salah satu kejayaan kerajaan berbanding kerajaan lain di dunia. Kerajaan telah haramkan penyebaran Syiah dalam apa bentuk sekalipun. Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1996 memfatwakan Syiah sebagai ajaran sesat. Buku juga disebarkan. Cuma boleh ditambah usaha membendungnya dalam bentuk lain yang bermanfaat untuk masyarakat.

4. Nabi bersabda akan ada berpuluh fahaman agama hanya satu sahaja selamat. Adakah Syiah terbabit? Bagaimana cara kenali solat Syiah.

Jawab: Bukan semua ulamak kata Syiah sesat atau tidak Islam. Peringkat awal dulu ada Syiah yang tidak sampai ke peringkat teruk. Seperti sekadar melebihkan Ali dalam perselisishan dengan sahabat dengan mendakwa Ali berada di pihak yang betul. Setakat itu sahaja. Sebab itu mereka kata fahaman ini Islam tapi masuk dalam ahli bid’ah. Tidak seperti Syiah hari ini. Syiah awal tidak termasuk dalam orang kafir, berbeza Syiah sekarang. Ahli bid’ah ini ada yang ringan ada yang berat, bahkan sehingga mengeluarkan mereka dari Islam. Yang bid’ah masih dalam lingkungan 72 tadi. Kalau terkeluar dari Islam sudah tidak termasuk dalam 72 lagi.

5. Bagaimana nak kenal Syiah. Baca hadis sahaja, tak terima Quran.

Jawab: Susah juga. Kalau dia tahu kita tak senang dengan dia, dia akan taqiyah. Antaranya, mereka tidak ada dakap qiyam semasa solat. Khomeini dalam kitabnya Tahrir Wasilah menyatakan dakap qiyam membatalkan solat, kecuali dalam keadaan taqiyah. Meyaringkan amin batal, kecuali dalam taqiyah.

6. Apa yang berlaku di Syria. Mereka sanggup bunuh dan siksa sunni.

Jawab: Memang itulah hakikat Syiah. Selama ini tidak berapa jelas. Tapi akhir ini bila mereka berkuasa, begitulah sikap mereka. Nabi sabda, di akhir zaman akan ada kaum yang baca Al-Quran yang tidak melepasi halkum mereka, membunuh orang Islam membiarkan penyembah berhala- Bukhari. Padahal masa awal revolusi dahulu mereka kata kemenangan ini adalah kemenangan Islam, Syiah dan sunni adalah bersaudara. Sabda nabi telah jadi kenyataan.

7. Ada kelompok tarikat dan sufi, adakah kaitan mereka dengan Syiah? Banyak amalan mereka sama dengan Syiah.

Jawab: Tidak langsung, mereka tidak sedar pun. Seperti mereka terima Nabi Khaidir masih hidup. Ini fahaman diperkenalkan Syiah untuk membenarkan kepercayaan mereka kononnya Imam Mahdi ghaib sejak seribu tahun lagi. Mereka jadikan sandaran untuk sokong.

Syeikh tarikat akan sampai kepada imam-imam Syiah. Kalau kamu benci Syiah, bukankah syeikh kamu terima ilmu batin melalui imam-imam kami. Taksub kepada syeikh sama macam taksub kepada imam.

7. Beza taslim dengan Syiah?

Jawab: Memang ada beza. Mereka meremehkan sunnah nabi, ubah ajaran – dari lima waktu jadi kurang. Syahadah, rukun Islam- tambah walayah, rukun Iman berbeza- tak percaya takdir. Sama sesat, tapi tak ada kena mengena.

Kita perlu sedar, bukan kita sahaja tak terima Syiah. Sebenarnya imam-imam Syiah juga tidak terima. Jafar as-Sodiq pernah berkata; Tidak ada satu ayat pun Allah turunkan berhubung munafikin melainkan kena dengan orang yang ikut Syiah.

Saidina Ali diriwayatkan berkata dalam kitab Al-Kafi; Kalau saya nak pisahkan pengikut saya nesacaya saya tidak dapati kecuali yang mendakwa saya. Kalau saya periksa hanya dapati orang yang murtad. Kalau saya nak bersihkan pati Syiah, maka daripada seribu tidak ada satupun.

Kita kena berhati-hati dengan ajaran yang nabi kata; Akan ada satu golongan di akhir zaman mereka dinamakan rafidah, mereka menolak Islam dan mendakwa Islam. Perangilah, banteras mereka dan tentanglah mereka kerana mereka sebenarnya adalah musyrikun.

Ditulis oleh Azzahar bin Abd. Aziz hasil catatan selari dengan sedikit olahan. Sebarang kesilapan, mohon maaf. Rujuk http://wwwfm.ikim.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: