Indahnya hidup berjiran

 

bbq

“Anak ustaz, Yasir ada kat rumah saya. Dia ikut saya balik jogging tadi.” Saya pun jawab, “Iye ke? Tak perasan pulak saya. Terima kasih.”

SMS yang ringkas, tapi kalau dikaji mempunyai makna yang mendalam.

  1. Hanya jiran yang prihatin sahaja memiliki nombor telefon jirannya. Berapa ramai jiran yang tidak pasti di mana rumah jiran setaman, apatah lagi mengetahui nombor rumah dan jauh sekali menyimpan nombor telefon.
  2. Hanya jiran yang prihatin sahaja tahu dan ingin ambil tahu akan nama kawan anaknya atau siapa bapanya. Kalau tidak, nescaya saya tidak tahu di mana anak saya berada, kecuali dia balik sendiri.
  3. Keakraban antara anak dengan jiran setaman menyebabkan dia berani untuk mengikut sampai ke rumah. Kalau tak kenal rapat masakan anak saya turut sama berjogging!
  4. Taman perumahan yang selamat lagi harmoni adalah impian semua orang. Kita akan rasa lega dan tidak terlalu bimbang keselamatan anak kita jika mereka keluar bermain waktu pagi atau petang.
  5. Saya sepatutnya tahu di mana dan dengan siapa anak saya berada. Tidak boleh terlalu percaya kepada anak mahupun suasana taman yang agak selamat.

Berbahagialah orang yang kenal jirannya dan jirannya kenal dia…

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: